Perkongsian.
1. Awal Muharam
2. Adab menghafaz Alquran
Thursday 5 September 2019
Tuesday 10 February 2015
Tips masak daging agar empuk
Assalamualaikum...
Saya nak kongsikan bagaimana cara nak melembutkan daging,
tak kisahlah daging apa.. ayam ke, daging lembu ke....
tak kisahlah daging apa.. ayam ke, daging lembu ke....
Cara nye mudah aja.
1. Potong daging lembu lawan arah uratnya.
2. Bila nak masak tu, panaskan kuali dan masukkan daging tanpa air setelah ditos ye. :)
Nanti korang akan nampak warna daging akan berubah dan keluar air daripada daging tu. Dan tunggu aja sampai agak kering semula air tu, dan bolehlah try rasa. Insya Allah lembut sangat. :)
oK.DONE!>..<
Thursday 15 January 2015
10 Tips masuk Universiti
Assalamualaikum... Tahniah bagi sesiapa yang dapat menyambungkan pelajaran ke mana-mana pusat pengajian tinggi. Saya nak share lah sikit beberapa tips: :) Selaku yang berpengalaman sudah enam tahun masuk u..hehe
1. Dekat dengan Allah dan Sayang ibu ayah. Sebagai hamba Allah, kita mestilah bersyukur dengan apa yang ada. Time belajar ni ingta lah dan kenanglah jasa kedua ibu ayahmu. jangan nagis sudahle..hehe
2. Kenal senior-senior kos. Apa yang best nye kenal dengan senior ni, bukan nak dapat markah lebih ke, bukan sebab nak ngorat member sekelas senior eh dik. Tapi lebihnya disini adalah mudahlah nak tahu gambaran awal tentang subjek yang akan belajar atau mungkin sebagai rakan niaga. hihi
3. Tampal lah target korang besar -besar ye. Tulis apa yang nak dapat untuk Sem ni, keseluruhan sem dan sebagainya. Besar-besar tu buka nak riak dik, tapi nak beringat ke diri ni supaya rajin sikit mentelaah. :)
4. Senaraikan kelebihan dan kelemahan yang ada. Contoh kalo lemah Bahasa Inggeris apa perlu buat. Ok, listkan.
1. sediakan kamus.
2. buat jadual belajar bahasa inggeris.
3. cari kawan yang pandai bahasa inggeris dan belajar dengannya.
4. cari kelas tutor bahsa inggeris.
5. satu hari atu perkataan baru
6.... banyak lagi
korang kena pandailah susun strategi nak belajar..hehe
5. Tahu cara kira pointer. Ni antara yang menjadi pemangkin semangat jugalah nak terus mengorak langkah dengan lebih baik. Sebenarnya sistem belajar dekat U ni tak delah susah sangat dik oi.
Jam kredit X Markah = Jumlah (JK X M)
Subjek C 3X 3.0 =9.0
Subjek D 3X 4.0 =12.0
Total 8.0 + 8.0 + 9.0 + 12. 0 = 37.0
Jumlah (JK X M) = 37.0
Untuk kiraan SEM seterusnya dan markah keseluruhan SEM
2. Kenal senior-senior kos. Apa yang best nye kenal dengan senior ni, bukan nak dapat markah lebih ke, bukan sebab nak ngorat member sekelas senior eh dik. Tapi lebihnya disini adalah mudahlah nak tahu gambaran awal tentang subjek yang akan belajar atau mungkin sebagai rakan niaga. hihi
3. Tampal lah target korang besar -besar ye. Tulis apa yang nak dapat untuk Sem ni, keseluruhan sem dan sebagainya. Besar-besar tu buka nak riak dik, tapi nak beringat ke diri ni supaya rajin sikit mentelaah. :)
1. sediakan kamus.
2. buat jadual belajar bahasa inggeris.
3. cari kawan yang pandai bahasa inggeris dan belajar dengannya.
4. cari kelas tutor bahsa inggeris.
5. satu hari atu perkataan baru
6.... banyak lagi
korang kena pandailah susun strategi nak belajar..hehe
5. Tahu cara kira pointer. Ni antara yang menjadi pemangkin semangat jugalah nak terus mengorak langkah dengan lebih baik. Sebenarnya sistem belajar dekat U ni tak delah susah sangat dik oi.
SEM 1
Bagi nak kira pointer setiap SEM
Senarai subjek
|
Jam Kredit
|
Markah
|
Gred
|
Jumlah (JK X M)
|
Subjek A
|
2
|
4.0
|
A
|
8.0
|
Subjek B
|
2
|
4.0
|
A
|
8.0
|
Subjek C
|
3
|
3.0
|
B
|
9.0
|
Subjek D
|
3
|
4.0
|
A
|
12.0
|
Jum Jam Kredit 10
|
Jum keseluruhan
(JK X M) 37.0 |
|||
PNGS
|
3.7
|
|||
PNGK
|
cth:
Subjek A 2 X 4.0 = 8.0
Subjek B 2X 4.0 =8.0
Jum keseluruhan (JK X M) / Jum Jam Kredit = POINTER
37.0/10 = 3.7
TAHNIAH!!!
SEM 2
Senarai subjek
|
Jam Kredit
|
Markah
|
Gred
|
Jumlah (JK X M) |
Subjek A
|
3
|
4.0
|
A
|
12.0
|
Subjek B
|
3
|
4.0
|
A
|
12.0
|
Subjek C
|
3
|
3.0
|
B
|
9.0
|
Subjek D
|
3
|
4.0
|
A
|
12.0
|
Jumlah
|
12
|
45.0
|
||
PNGS
|
3.75
|
|||
PNGK
|
3.73
|
Jam Kredit SEM 1 + Jam Kredit SEM 2 = Jumlah JAM KREDIT
Jumlah (JK X M) SEM 1 + Jumlah (JK X M) SEM 2 = Jumlah (JK X M) SEM 1 & 2
Jumlah (JK X M) SEM 1 & 2 / Jam Kredit SEM 1 & 2
6. Tahu cara buat tugasan dengan baik. Maksudnya tahu macam mana nak buat assigment bertulis, kena tahu format yang perlu. Dan kalo boleh tanyakan lecture apa yang dia nak. Biasanya lecture suka dan senang bagi markah apabila assigment ditepati. lagi satu kalo tak tahu tanyalah senior atau boleh google je. hehe
7. Buat research sebelum belajar subjek tu. Buat research sikit sebelum belajar dan sebelum mula kelas terutama apa yang akan belajar dan bekaitan dengan silibus. Ini penting supaya bila kita belajar subjek itu , kita akan minat serta mudah lah sikit faham. ni tak delah pergi kelas, muka blur je..hehe.
8. Pandai urus masa dan jadual. Kenapa kena pandai urus masa dan jadual? orang yang berjaya pandai uruskan masa. Kalo tak percaya cuba tengok lecture korang kat U tu, ada ke masa diaorang main game memanjang. OK !
9. Sayangi tempat belajar. Jatuh cinta dengan sekolah lah katakan..hehe. macam mana korang mula -mula masuk darjah satu dulu, exited kan? Tapi biasanya bila masuk U dan kos yang dapat tu kita tidak minat, kita akan down . Yelah sebab kos tu tak minat dan mungkin berbeza dengan aliran yang kita ambil sebelum ni. Percayalah apa yang Allah tentukan itulah yang terbaik buat kita, tapi jangan lupa kita boleh usahakan dengan doa dan usaha lah kalo nak tukar kos or sebagainya.
10. Tahu markah bagi setiap subjek dan tugasan. Ok, first thing masuk kelas, biasanya lecture akan menerangkan tentang silibus subjek yang akan belajar dan akan bagitahu sekali markah setiap tugasan. Kebiasaanya markah dibahagikan kepada beberapa. Contoh. 10% kehadiran, 20 % present, 30% tugasan , 10 % test dan 30% final. :) terpulang kepada keperluan subjek.
ok. DONE ! >..<
Monday 27 October 2014
INTEGRITI DAN PROFESSIONAL DALAM PENGURUSAN
TAKRIF PENGURUSAN
Pengurusan ialah merupakan suatu topik yang canggih yang boleh
berubah mengikut situasi. (Mike Woodcock, 1993,
hlm. 167) Ianya juga adalah satu
aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi
berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturanya, juga
tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu. Selain itu, ada yang melihat
pengurusan sebagai satu kemahiran peribadi dan pentadbiran yang agak kompleks
dan sebagai teknik kepimpinan. (Ramli, 1985, hlm. 66-67)
1.2 TAKRIF PENGURUSAN YANG PROFESSIONAL
Professional merupakan satu kemahiran asas
atau pun juga menggunakan ilmu yang dicari. Seseorang yang professional akan
melakukan kerja dengan bermatlamat dan berperancangan serta berperanan untuk
mencapainya. Dengan erti kata lain, bekerja seperti sebahagian daripada dirinya
hinggakan setiap tindakan yang dilakukan itu penuh dengan ketelitian agar
mencapai matlamat yang professional. Seseorang pentadbir akan bertindak secara
professional apabila melakukan sesuatu dengan kesedaran, tatatertib diri atau
mengawal diri daripada segala tindak tanduk perlakuan. Ia tidak mencampurkan
kehendak peribadi dalam kedudukan rasmi dan tinggi rasa sensitiviti terhadap
orang lain. Jelaslah pentadbir seperti ini bertugas untuk kepentingan umum dan
mahu berhidmat untuk kepentinagn manusia sejagat. Ringkasnya adalah integrity
professionalnya itu berasaskan kepada memetingkan masyarakat daripada diri
sendiri.
Seseorang
pentadbir berkelakuan secara professional dalam pengurusan untuk mencari solusi
terbaik atas nilai-nilai profession. Ia berusaha mewujudkan segala kepercayaan
dan merupakan asas untuk membuat keputusan terutama yang melibatkan
prinsip-prinsip. Ianya sangat sukar kerana kadang kala nilai professioanal
bertentangan dengan nilai masyarakat dan kedudukan politik. Apabila situasi ini
berlaku , apa yang dinilai ialah kematangan pentadbir dalam tindak –tanduk dan
mencapai kata sepakad (Ramli, 1985, hlm. 193-194) .
CIRI-CIRI PENGURUSAN PROFESSIONAL
Menurut (Mike
Woodcock, 1993: 5) pengurusan memerlukan kemampuan perlaksanaan yang efektif.
Antaranya sesuatu pengurusan menuntut keterampilan dan kemampuan berikut:
-Kemampuan mengatur diri
-Nilai-nilai peribadi yang sihat
- Cita-cita peribadi yang jelas
-Mengusahakan pertumbuhan peribadi terus-menerus
-Keterampilan memecahkan persoalan- Kemampuan untuk menajdi kreatif dan inovatif
- Kemampuan tinggi untuk mempengaruhi orang lain
- Pemahaman atas gaya pengurusan
- Kemampuan menyelia
- Kemampuan mendidik dan mengembangkan orang lain
- Kemampuan membangun dan mengembangkan pasukan yang efektif
- Kreatif
- Inovatif
- Integriti
- Neutraliti
- Kejujuran intelektual
- Berkecuali
- Akauntabiiti
Thursday 2 October 2014
DEFINISI EPISTEMOLOGI ISLAM
DEFINISI EPISTEMOLOGI ISLAM
Epistemologi menurut Barat iaitu kebenaran
itu haya berpusat pada manusai sebagai makhluk yang menetukan kebenaran sesuatu
perkara. Epistemologi berasal daripada bahasa Yunani episteme bererti pengetahuan dan logia yang
bererti ilmu. Epistemologi merupakan
kata pinjaman daripada bahasa Inggeris " epistemology' yang berasal dan
gabungan dua perkataan Greek iaitu 'episteme' yang bermaksud pengetahuan dan logos yang bermaksud ilmu,
sains, kajian, teori dan perbincangan.
Epistemologi
Islam pula merupakan salah satu cabang utama falsafah membincangkan tentang
hakikat, makna, kandungan, sumber dan proses ilmu. Selain itu epistemologi juga
membawa erti "kajian tentang ilmu pengetahuan'" Runes (1976)
DEFINISI ILMU
Perkataan ilmu berasal daripada bahasa Arab علم iaitu pengetahuan. Dalam bahasa inggeris
disebut science yang berasal daripada bahasa Latin scientia yang bererti ilmu. Kamus
al-Munjid mendefinisikan ilmu sebagai memperolehi pengetahuan tentang sesuatu dengan
sebenar-benar atau mengetahui sesuatu perkara berdasarkan keyakinan dan
pengetahuan. Ilmu juga salah satu daripada sifat Allah. Al Alim iaitu yang
mengetahui juga salah satu daripada sembilan puluh sembilan nama Allah yang mulia (al-asma
al-husna). Ilmu juga sebahagian zat Allah s.w.t . dengan perkataan lain bagi
Allah mengadakan sesuatu adalah mengetahui tentang sesuatu. Jadi Allah s.w.t
adalah pemilik segala ilmu.
Oleh itu,
terminologi adalah sesuatu istilah yang digunakan secara lebih khusus mengikut
perbicaraan yang dibahaskan. Dengan itu, dapat dijelaskan bahawa istilah ilmu
yang dikehendaki disini ialah ilmu al-Quran / ilmu wahyu / ilmu tanzil
ialah suatu bidang ilmu yang diteliti mengikut pandangan al-Quran. (al -Ahwani,
1991: Yahya dan Azhar 2007).
DEFINISI SOPHIST
Golongan Sophist berpendapat bahawa agama
adalah satu ciptaan golongan tertentu untuk kepentingan mereka sendiri. Syed
Muhammad Naquib al-Attas membahagikan golongan Sophist kepada tiga ketompok
iaitu yang pertama adalah Al- la Adriyyah atau gnostic, la merupakan golongan
yang mengatakan tidak tahu dan meragu-ragu terhadap sesuatu hingga menolak
kemungkinan ilmu pengetahuan. Kedua, Al-indiyyah ialah terdiri daripada mereka
yang bersikap subjektif di mana kelompok ini menerima kemungkinan ilmu
pengetahuan akan tetapi menolak matlamat ilmu pengetahuan dan kebenaran.
Ketiga, Al-inadiyyah merupakan kelompok yang keras kepala yang menafikan segala
hakikat sesuatu dan menganggap hakikat itu sebagai fantasi dan khayalan
semata-mata. Ketiga-tiga golongan ini secara asasnva bersikap skeptic dalam
memperoleh imu dan hakikat sesuatu.
RUJUKAN
1. YAHAYA
JUSOH (2012) et. Al. FALSAFAH ILMU DALAM AL QURAN ONTOLOGI, EPISTEMOLOGI DAN
AKSIOLOGI, JOHOR BAHRU : UTM SKUDAI
2. BASRI
HUSIN (2010). BEBERAPA ASPEK EPISTEMOLOGI : KONSEP, TABIAT, SUMBER -SUMBER ILMU
DALAM TRADISI ISLAM, UM
3. WAN
MOHD NOR WAN DAUD (2009) KERANGKA KOMPREHENSIF PEMIKIRAN MELAYU ADAB KE-17 MASIHI
BERDASARKAN MANUSKRIP DURR AL FARAID KARANGAN SHEIKH NARUDIN AL –RANIRI .
4. SYED
MUHAMMAD DAWILAH (1993), DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA . EPISTEMOLOGI ISLAM TEORI
ILMU DALAM AL-QURAN
Sunday 28 September 2014
ULIL AMRI: KEDUDUKAN DALAM SISTEM POLITIK ISLAM
OLEH: SAR MASTURA BINTI ABDUL RAHMAN
PENDAHULUAN
PENDAHULUAN
Adakah Malaysia merupakan salah sebuah negara yang betul-betul memiliki pepimpin ulil amri? Dan adakah Malaysia mengamalkan dasar kepimpinan berteraskan ulil amri. Masyarakat Islam hari ini perlu mengetahui konsep yang sebenar bagi melahirkan negara yang mengamalkan Islam. Islam merupakan negara yang adil, universal dan syumuliah. Dalam kita bernegara hari ini, pemilihan pemimpin yang mengikut dasar Islam adalah penting. Di Malaysia khususnya, kita menggunakan sistem demokrasi berparlimen. Oleh itu kesedaran dan pengetahuan yang baik terhadap konsep ulil amri amatlah penting bagi membina sebuah negara yang mengamalkan Islam.
ULIL AMRI: KEDUDUKAN DALAM SISTEM POLITIK ISLAM
Menurut (Noah Gadut, 2004:3) ulil amri adalah sekelempok orang pilihan yang diberikan amanah dan mempunyai kekuasaan serta tanggungjawab dalam mengambil keputusan atau sekelompok orang pilihan yang mengatur urusan masyarakat. Selain itu juga, istilah ulil amri adalah berasal daripada lafaz bahasa arab. Al-Quran merupakan sumber perundangan Syariah Islam yang pertama dan menggunakan lafaz ulil amri bagi menunjukkan para pemimpin.
Ulil amri mempunyai kedudukan dan peranan yang istimewa dalam sesuatu kelompok. Bukan sahaja melalui hujah wahyu dan seruan, pengiktirafan terhadap ulil amri juga diberikan oleh akal manusia yang waras. Kita tidak boleh mengelak dari mengiktiraf kedudukan para pemimpin dalam sesuatu kelompok kerana ianya tidak boleh diterima akal bahkan bertentangan dengan wahyu Allah dan seruan nabi. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 59:Yang bermaksud:
59. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu.
Ketaatan kepada ulil amri adalah wajib. Sesiapa yang menyanggahi arahan pemimpin dikira berdosa dan boleh dihukum. Ini kerana apabila arahan pemimpin tidak dipatuhi serta dituruti, matlamat serta keharmonian sesuatu kelompok itu boleh terjejas. Pemimpin adalah punca gerak kerja bagi sesuatu organisasi dan asas kesatuan bagi sesuatu kelompok masyarakat. Apabila ketaatan terhadap mereka tidak diberikan, gerak kerja organisasi akan terbantut dan keharmonian satu-satu kelompok masyarakat akan terjejas.
Namun, ketaatan terhadap ulil amri tidaklah bersifat mutlaq. Ini kerana, hak ketaatan terhadap mereka terikat dengan syarat yang telah digariskan oleh syara’.
Apabila pemimpin menyuruh berbuat maksiat kepada Allah seperti mencuri, membunuh tanpa hak dan sebagainya, maka tidak wajib bagi para pengikut untuk mentaatinya bahkan wajib pula menyanggahinya.
Apabila berlaku perselisihan antara arahan para pemimpin, Allah SWT memerintahkan para hambanya untuk menyerahkan urusan itu kepada Allah. Ini bermaksud kita wajib menyelidik apakah arahan yang selari dengan syarak dan menepati arahan Allah. Firman-Nya dalam Al-Quran surah An-Nisa’ ayat 59:
“ …kemudian jika kamu berlainan Pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”
Kebanyakan ayat-ayat Al-Quran berkaitan kepimpinan disyarahkan oleh para ulama’ terdahulu adalah dalam kerangka sistem pemerintahan Khilafah. Ini kerana para ulama’ terdahulu diperintah oleh para khalifah dan gabenor yang dilantik oleh khalifah.
Menurut (Samat, 2002: 31-52) sedangkan kita pada hari ini tidak lagi memiliki
khalifah. Pemimpin kita bukan lagi pemimpin bagi umat Islam seluruhnya. Setiap
negara mempunyai sistem tersendiri dan kebanyakannya tidak lagi menggunakan
sistem monarki. Malaysia walaupun mempunyai raja yang dipanggil Agong, tetapi
kuasa Agong adalah tertakluk kepada perlembagaan.
Menjadi persoalan bagi kita pada zaman kini, adakah penafsiran Al-Quran yang dilakukan oleh para ulama’ terdahulu masih kekal relevan pada hari ini sedangkan sistem pemerintahan kita ternyata berbeza sama sekali. Bahkan ada golongan yang mempertikaikan dengan menimbulkan persoalan ‘adakah ayat-ayat Al-Quran berkaitan kepimpinan masih relevan dan sesuai dengan situasi hari ini?’Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu meneliti nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah dan membandingkannya dengan peruntukan-peruntukan yang wujud dalam sistem perundangan negara kita.
Menurut Monir (2002: 105-122), ajaran Islam terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah nabi Muhammad SAW. Kepimpinan terbaik adalah kepimpinan Rasulullah SAW. Ini dibuktikan oleh catatan sejarah apabila Rasulullah berjaya menggagaskan Negara Islam pertama iaitu Negara Islam Madinah. Perlembagaan Madinah pula merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Kejayaan terbesar hasil penubuhan Negara Islam Madinah adalah kejayaannya menumpaskan dua kuasa besar dunia ketika itu iaitu kerajaan Rom dan kerajaan Yunani. Ini semua adalah natijah kepimpinan Islam yang dimulakan oleh Rasulullah SAW.
KAEDAH PEMILIHAN KETUA DALAM MALAYSIA
Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW kekal relevan hingga akhir zaman walaupun situasinya sudah berbeza pada hari ini. Ini kerana Islam tidaklah mengajar umatnya corak dan sistem pemerintahan tertentu. Sebaliknya Islam mengajar prinsip-prinsip utama dan asas-asas pelaksanaan yang mampu dilaksanakan. Ini jelas apabila para sahabat yang diakui kebaikannya oleh Rasulullah SAW telah melakukan banyak perubahan-perubahan dalam pemerintahan mereka yang ternyata berbeza dengan amalan Rasulullah SAW.
Contohnya adalah kaedah pemilihan khalifah. Rasulullah SAW adalah ketua umat Islam dan lantikan beliau itu dibuat oleh Allah SWT sendiri. Manakala pelantikan ketua umat Islam yang digelar khalifah selepas Baginda SAW adalah melalui pengiktirafan Rasulullah SAW terhadap Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila Baginda melantik Saidina Abu Bakar sebagai imam gantian saat Baginda sakit. Lantikan ini difahami oleh para sahabat yang lain bahawa Rasulullah turut melantik Saidina Abu Bakar sebagai ketua umat Islam pengganti Baginda.
Tetapi saat pelantikan Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib menjadi khalifah, kaedah pemilihan khalifah adalah berbeza. Mereka tidak lagi dilantik secara terus oleh kepimpinan sebelumnya. Ada yang dipilih melalui undian sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara demokrasi. Inilah inovasi dalam kepimpinan yang diamalkan oleh para salafussoleh dan ianya tidak salah di sisi syarak bahkan diakui oleh Allah SWT melalui sabdaan Nabi SAW:
Maksudnya:Tidak akan berhimpun umatku di atas kesesatan.
Ini membuktikan bahawa pemerintahan di negara demokrasi pada hari ini dipilih melalui kaedah yang diiktiraf dan sekaligus menolak pandangan beberapa kelompok yang menolak kaedah pemilihan pemimpin melalui peti undi kerana kononnya bertentangan dengan Islam.Ini juga memberi pengertian bahawa ayat-ayat Al-Quran masih relevan dalam membicarakan soal kepimpinan hari ini.
Kita memerlukan pemimpin yang menyokong dan mengambil sepenuhnya perintah syariat Allah. Menurut Al-Qardawi syariat adalah bertujuan memelihara kemaslahatan hidup. Syariat terdiri daripada syariat rabbaniah, syariat insaniah, syariat akhlakiah, syaria waqi’yah, dan syariat mantiquyyah. Ciri-ciri berkenaan adalah bertujuan membawa manusia mencapai kesempurnaan dari segi agama, ibadah dan akhlak.
Dr. Musdah Mulia (2001: 228) berkata dalam bukunya, Negara Islam:Menurut golongan Sunni, pengangkatan kepala negara itu harus berdasarkan kepada pilihan ummat atau yang lazim disebut dengan syura. Alasannya adalah, pertama: kerana tidak ada nas yang qat’ie tentang siapa pengganti nabi sebagai kepala negara Islam; kedua: kerana prinsip pemerintahan dalam Islam itu berdasarkan syura.Secara lebih terperinci, Abu Zahrah (1965) menjelaskan bahawa kalangan jumhur ahli sunnah sepakat bahawa pelaksanaan syura dalam pengangkatan kepala negara dapat ditempuh melalui tiga cara:1. Melalui pemilihan bebas yang dilaksanakan melalui musyawarah2. Pengangkatan atau penunjukan dari khalifah yang berkuasa terhadap seseorang yang bukan keluarganya3. Pengangkatan atau penunjukan oleh khalifah yang berkuasa terhadap beberapa orang, 3 atau lebih yang merupakan tokoh-tokoh terkemuka dalam masyarakat untuk dipilih.
KONSEP SYURA DALAM SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA
Syura menurut Al-Qardawi adalah merupakan tunjang utama kekuatan sistem pemerintahan dan politik Islam. Sepertimana firman Allah yang memerintahkan dalam surah assyura ayat 38 : Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang Dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepadanya.
Pada zaman Rasulullah sendiri sememangnya Rasulullah menggunakan syura
bersama-sama dengan para sahabat. Syura merupakan asas kepada politik yang adil
, membanteras berlakunya kezaliman dalam pemerintahan. Selain itu juga, sistem
syura merupakan salah satu pembinaan masyarakat yang adil, bersahsiah, dan
berwibawa (Don, Latif, & Kadir, 2004: 38-40).
Dalam sistem pemerintahan Malaysia, konsep syura ini digunakan secara maksimum bila mana setiap keputusan dan dasar utama negara tidak ditentukan oleh mana-mana kuasa mutlak sebaliknya perlu diperhalusi oleh Parlimen yang terdiri daripada dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Dalam sistem pemerintahan Malaysia, konsep syura ini digunakan secara maksimum bila mana setiap keputusan dan dasar utama negara tidak ditentukan oleh mana-mana kuasa mutlak sebaliknya perlu diperhalusi oleh Parlimen yang terdiri daripada dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia. Secara zahirnya kita boleh mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam melalui peruntukan ini.Artikel 11 pula menyatakan bahawa setiap agama bebas dianuti dan diamalkan oleh rakyat Malaysia, dan tertakluk kepada subseksyen (4), ianya juga bebas disebarkan. Menurut subseksyen 4, akta Wilayah Persekutuan dan Enakmen negeri-negeri boleh menghalang penyebaran agama selain Islam kepada penganut Islam.Artikel 32 menyatakan bahawa pemimpin tertinggi Persekutuan Malaysia iaitu Yang di-Pertuan Agong mestilah dipilih oleh Majlis Raja-raja setiap 5 tahun. Dan sebagaimana yang tertulis dalam perlembagaan-perlembagaan atau undang-undang tubuh setiap negeri, sultan ataupun raja mestilah seorang yang beragama Islam dan menjadi ketua agama Islam bagi negeri masing-masing.Artikel 121(1A) pula memperuntukkan bahawa mana-mana kes yang terletak di bawah bidang kuasa kehakiman mahkamah syariah adalah ekskusif kepada mahkamah syariah sahaja. Mahkamah sivil tidak boleh mengganggu bidang kuasa kehakiman ini. Ini tidak terlaksana pula terhadap agama-agama lain.
KESIMPULAN
Islam adalah merupakan satu sistem dan cara hidup yang melengkapi semua kegiatan hidup manusia. Tidak ada peraturan manusia yang tidak ada peraturan Islam didalamnya. Islam menetapkan peraturan tertentu dari cara bagaimana bangsa bangun dari tidur hinggalah membangunkan masyarakat dan menentukan hubungan antara negara dan umat di dunia ini. Tidak ada sistem hidup didunia ini yang menentukan aturannya selengkap Islam (Prof. haji Hassan Salleh, Prof. Mdya Sulaiman Yasin , & Prof. Dato' Dr. Haron Din, 2003: 94). Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Maidah ayat 3,
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.
Berdasarkan perbahasan yang telah dilakukan dalam kertas ini, jelaslah bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam secara dasar meskipun tidak memenuhi ciri-ciri negara Islam sepenuhnya terutama dalam aspek perundangan.Lantaran itu, ketaatan kepada pemimpin negara ini sewajarnya diberikan sebagaimana yang telah dibahaskan sebelum ini. Ini bermaksud ketaatan itu wajib selagi tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip dan syariat Islam.
RUJUKAN
Abu Zahrah, Muhammad (1965). Tanzhim al-Islam li Al-Mujtama’. Qaherah: Dar Al-Fikr Al-‘Arabi
Dr. Musdah Mulia (2001). Negara Islam: Pemikiran Politik Husain Haikal. Jakarta: Paramadina
Don, A. A., Latif, A. W., & kadir, M. N. (2004, Ogos 17). Agama dan Pembangunan Kontemporari. Keuniversalan Pembangunan Islam: Tinjauan Pemikiran Yusuf Al-Qardhawi Mengenai Al-Ab'ad Khamsah , pp. 35-42.
Ibnu Kasir.(2004) Tafsir Ibnu Kasir. Jakarta: Pustaka Ibnu KasirKerajaan Malaysia, Federal Constitution of Malaysia. Kuala Lumpur: Parlimen.
Monir. (2002). Kuasa Perundangan Dalam Islam. Kuala Lumpur :IKIM.Nooh Gadut. (2002. ). Ulil Amri : Takrif dan Konsep. Kuala Lumpur :IKIM.
Prof. Haji Hassan Salleh, P. P., & Prof. Dato' Dr. Haron Din. (2003). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Academe dan Printing Survices Sdn Bhd. Samat. (2002). Hak –Hak Dan Tanggungjawab Rakyat Dan Ulil Amri. Kuala Lumpur :IKIM.
Zaidan, D. A. (2007). Dasar-Dasar Ilmu Dakwah . Selangor: Dewan Pustaka Fajar.
Wednesday 10 September 2014
Adik-adik junior sebilik SMKA TAHAP
Adik-Adik DORM K 2008....
Dah besar pun mereka ni, Alhamdulillah....
Ada juga yang belajar sama-sama di UnisZA. Terengganu....
Pandai, Cerdik, Cantik,Berbudi Bahasa, Muslimah, Sopan Santun......
P/S: Jadilah permata agama Allah yang amat bernilai. amin
Tak ingat dah apa nama permainan ini. hehe Yang penting masa itu dapat juga luangkan masa dengan mereka. :) |
Semangat mereka ini memberikan kerjasama dalam menjayajakan pagi yang ceria ini. hehe |
Macam-macam ragam perangai ini, ada yang manja , periang, lemah lembut, suka bercakap. suka bertanya, suka merajuk dan macam macam lagi. Sebagai kakak yang budiman terpaksa lah menatang dengan penuh kasih sayang. Terima kasih adik-adik yang sanggup berkongsi suka dan duka bersama dan tidak lupa juga yang sabar menerima teguran dan nasihat. Akak doakan semoga sentiasa dengan nikmat iman dan islam. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)