Monday 27 October 2014

INTEGRITI DAN PROFESSIONAL DALAM PENGURUSAN


               TAKRIF PENGURUSAN   

Pengurusan ialah  merupakan suatu topik yang canggih yang boleh berubah mengikut situasi. (Mike Woodcock, 1993, hlm. 167) Ianya juga adalah  satu aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturanya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu. Selain itu, ada yang melihat pengurusan sebagai satu kemahiran peribadi dan pentadbiran yang agak kompleks dan sebagai teknik kepimpinan. (Ramli, 1985, hlm. 66-67)

           1.2      TAKRIF PENGURUSAN YANG PROFESSIONAL

Professional merupakan satu kemahiran asas atau pun juga menggunakan ilmu yang dicari. Seseorang yang professional akan melakukan kerja dengan bermatlamat dan berperancangan serta berperanan untuk mencapainya. Dengan erti kata lain, bekerja seperti sebahagian daripada dirinya hinggakan setiap tindakan yang dilakukan itu penuh dengan ketelitian agar mencapai matlamat yang professional. Seseorang pentadbir akan bertindak secara professional apabila melakukan sesuatu dengan kesedaran, tatatertib diri atau mengawal diri daripada segala tindak tanduk perlakuan. Ia tidak mencampurkan kehendak peribadi dalam kedudukan rasmi dan tinggi rasa sensitiviti terhadap orang lain. Jelaslah pentadbir seperti ini bertugas untuk kepentingan umum dan mahu berhidmat untuk kepentinagn manusia sejagat. Ringkasnya adalah integrity professionalnya itu berasaskan kepada memetingkan masyarakat daripada diri sendiri.

Seseorang pentadbir berkelakuan secara professional dalam pengurusan untuk mencari solusi terbaik atas nilai-nilai profession. Ia berusaha mewujudkan segala kepercayaan dan merupakan asas untuk membuat keputusan terutama yang melibatkan prinsip-prinsip. Ianya sangat sukar kerana kadang kala nilai professioanal bertentangan dengan nilai masyarakat dan kedudukan politik. Apabila situasi ini berlaku , apa yang dinilai ialah kematangan pentadbir dalam tindak –tanduk dan mencapai kata sepakad (Ramli, 1985, hlm. 193-194).

        

CIRI-CIRI PENGURUSAN PROFESSIONAL 

Menurut (Mike Woodcock, 1993: 5) pengurusan memerlukan kemampuan perlaksanaan yang efektif. Antaranya sesuatu pengurusan menuntut keterampilan dan kemampuan berikut:

-Kemampuan mengatur diri
-Nilai-nilai peribadi yang sihat
- Cita-cita peribadi yang jelas
-Mengusahakan pertumbuhan peribadi terus-menerus
-Keterampilan memecahkan persoalan
 - Kemampuan untuk menajdi kreatif dan inovatif
 -  Kemampuan tinggi untuk mempengaruhi orang lain
 - Pemahaman atas gaya pengurusan
 - Kemampuan menyelia
 - Kemampuan mendidik dan mengembangkan orang lain
 - Kemampuan membangun dan mengembangkan pasukan yang efektif

 Selain itu juga, antara nilai professional yang diutarakan oleh (Zaharah Hassan, 2009): 
   - Berilmu
   - Kreatif
   -  Inovatif
   - Integriti
   -  Neutraliti
   -  Kejujuran intelektual
   -  Berkecuali
    - Akauntabiiti

Thursday 2 October 2014

DEFINISI EPISTEMOLOGI ISLAM


DEFINISI EPISTEMOLOGI ISLAM

Epistemologi menurut Barat iaitu kebenaran itu haya berpusat pada manusai sebagai makhluk yang menetukan kebenaran sesuatu perkara. Epistemologi berasal daripada bahasa  Yunani episteme bererti pengetahuan dan logia yang bererti ilmu. Epistemologi  merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris " epistemology' yang berasal dan gabungan dua perkataan Greek iaitu 'episteme' yang bermaksud  pengetahuan dan logos yang bermaksud ilmu, sains, kajian, teori dan perbincangan.

Epistemologi Islam pula merupakan salah satu cabang utama falsafah membincangkan tentang hakikat, makna, kandungan, sumber dan proses ilmu. Selain itu epistemologi juga membawa erti "kajian tentang ilmu pengetahuan'" Runes (1976) 

DEFINISI ILMU

Perkataan ilmu berasal daripada bahasa Arab علم iaitu pengetahuan. Dalam bahasa inggeris disebut science yang berasal daripada bahasa Latin scientia yang bererti ilmu. Kamus al-Munjid mendefinisikan ilmu sebagai memperolehi pengetahuan tentang sesuatu dengan sebenar-benar atau mengetahui sesuatu perkara berdasarkan keyakinan dan pengetahuan. Ilmu juga salah satu daripada sifat Allah. Al Alim iaitu yang mengetahui juga salah satu daripada sembilan  puluh sembilan nama Allah yang mulia (al-asma al-husna). Ilmu juga sebahagian zat Allah s.w.t . dengan perkataan lain bagi Allah mengadakan sesuatu adalah mengetahui tentang sesuatu. Jadi Allah s.w.t adalah pemilik segala ilmu.

Oleh itu, terminologi adalah sesuatu istilah yang digunakan secara lebih khusus mengikut perbicaraan yang dibahaskan. Dengan itu, dapat dijelaskan bahawa istilah ilmu yang dikehendaki disini ialah ilmu al-Quran / ilmu wahyu / ilmu tanzil ialah suatu bidang ilmu yang diteliti mengikut pandangan al-Quran. (al -Ahwani, 1991: Yahya dan Azhar 2007).

DEFINISI SOPHIST

Golongan Sophist berpendapat bahawa agama adalah satu ciptaan golongan tertentu untuk kepentingan mereka sendiri. Syed Muhammad Naquib al-Attas membahagikan golongan Sophist kepada tiga ketompok iaitu yang pertama adalah Al- la Adriyyah atau gnostic, la merupakan golongan yang mengatakan tidak tahu dan meragu-ragu terhadap sesuatu hingga menolak kemungkinan ilmu pengetahuan. Kedua, Al-indiyyah ialah terdiri daripada mereka yang bersikap subjektif di mana kelompok ini menerima kemungkinan ilmu pengetahuan akan tetapi menolak matlamat ilmu pengetahuan dan kebenaran. Ketiga, Al-inadiyyah merupakan kelompok yang keras kepala yang menafikan segala hakikat sesuatu dan menganggap hakikat itu sebagai fantasi dan khayalan semata-mata. Ketiga-tiga golongan ini secara asasnva bersikap skeptic dalam memperoleh imu dan hakikat sesuatu.

RUJUKAN

1. YAHAYA JUSOH (2012) et. Al. FALSAFAH ILMU DALAM AL QURAN ONTOLOGI, EPISTEMOLOGI DAN AKSIOLOGI, JOHOR BAHRU : UTM SKUDAI

2.  BASRI HUSIN (2010). BEBERAPA ASPEK EPISTEMOLOGI : KONSEP, TABIAT, SUMBER -SUMBER ILMU DALAM TRADISI ISLAM, UM

3. WAN MOHD NOR WAN DAUD (2009) KERANGKA KOMPREHENSIF PEMIKIRAN MELAYU ADAB KE-17 MASIHI BERDASARKAN MANUSKRIP DURR AL FARAID KARANGAN SHEIKH NARUDIN AL –RANIRI .



4. SYED MUHAMMAD DAWILAH (1993), DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA . EPISTEMOLOGI ISLAM TEORI ILMU DALAM AL-QURAN 

Sunday 28 September 2014

ULIL AMRI: KEDUDUKAN DALAM SISTEM POLITIK ISLAM

OLEH: SAR MASTURA BINTI ABDUL RAHMAN

PENDAHULUAN 

Adakah Malaysia merupakan salah sebuah negara yang betul-betul memiliki pepimpin ulil amri? Dan adakah Malaysia mengamalkan dasar kepimpinan berteraskan ulil amri. Masyarakat Islam hari ini perlu mengetahui konsep yang sebenar bagi melahirkan negara yang mengamalkan Islam. Islam merupakan negara yang adil, universal dan syumuliah. Dalam kita bernegara hari ini, pemilihan pemimpin yang mengikut dasar Islam adalah penting. Di Malaysia khususnya, kita menggunakan sistem demokrasi berparlimen. Oleh itu kesedaran dan pengetahuan yang baik terhadap konsep ulil amri amatlah penting bagi membina sebuah negara yang mengamalkan Islam. 

ULIL AMRI: KEDUDUKAN DALAM SISTEM POLITIK ISLAM

Menurut (Noah Gadut, 2004:3) ulil amri adalah sekelempok orang pilihan yang diberikan amanah dan mempunyai kekuasaan serta tanggungjawab dalam mengambil keputusan atau sekelompok orang pilihan yang mengatur urusan masyarakat. Selain itu juga, istilah ulil amri adalah berasal daripada lafaz bahasa arab. Al-Quran merupakan  sumber perundangan Syariah Islam yang pertama dan menggunakan lafaz ulil amri bagi menunjukkan para pemimpin. 

Ulil amri mempunyai kedudukan dan peranan yang istimewa dalam sesuatu kelompok. Bukan sahaja melalui hujah wahyu dan seruan, pengiktirafan terhadap ulil amri juga diberikan oleh akal manusia yang waras. Kita tidak boleh mengelak dari mengiktiraf kedudukan para pemimpin dalam sesuatu kelompok kerana ianya tidak boleh diterima akal bahkan bertentangan dengan wahyu Allah dan seruan nabi. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 59:Yang bermaksud:

59. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu.

Ketaatan kepada ulil amri adalah wajib. Sesiapa yang menyanggahi arahan pemimpin dikira berdosa dan boleh dihukum. Ini kerana apabila arahan pemimpin tidak dipatuhi serta dituruti, matlamat serta keharmonian sesuatu kelompok itu boleh terjejas. Pemimpin adalah punca gerak kerja bagi sesuatu organisasi dan asas kesatuan bagi sesuatu kelompok masyarakat. Apabila ketaatan terhadap mereka tidak diberikan, gerak kerja organisasi akan terbantut dan keharmonian satu-satu kelompok masyarakat akan terjejas.

Namun, ketaatan terhadap ulil amri tidaklah bersifat mutlaq. Ini kerana, hak ketaatan terhadap mereka terikat dengan syarat yang telah digariskan oleh syara’.
Apabila pemimpin menyuruh berbuat maksiat kepada Allah seperti mencuri, membunuh tanpa hak dan sebagainya, maka tidak wajib bagi para pengikut untuk mentaatinya bahkan wajib pula menyanggahinya.

Apabila berlaku perselisihan antara arahan para pemimpin, Allah SWT memerintahkan para hambanya untuk menyerahkan urusan itu kepada Allah. Ini bermaksud kita wajib menyelidik apakah arahan yang selari dengan syarak dan menepati arahan Allah. Firman-Nya dalam Al-Quran surah An-Nisa’ ayat 59:

“ …kemudian jika kamu berlainan Pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

Kebanyakan ayat-ayat Al-Quran berkaitan kepimpinan disyarahk
an oleh para ulama’ terdahulu adalah dalam kerangka sistem pemerintahan Khilafah. Ini kerana para ulama’ terdahulu diperintah oleh para khalifah dan gabenor yang dilantik oleh khalifah.

Menurut (Samat, 2002: 31-52) sedangkan kita pada hari ini tidak lagi memiliki khalifah. Pemimpin kita bukan lagi pemimpin bagi umat Islam seluruhnya. Setiap negara mempunyai sistem tersendiri dan kebanyakannya tidak lagi menggunakan sistem monarki. Malaysia walaupun mempunyai raja yang dipanggil Agong, tetapi kuasa Agong adalah tertakluk kepada perlembagaan.

Menjadi persoalan bagi kita pada zaman kini, adakah penafsiran Al-Quran yang dilakukan oleh para ulama’ terdahulu masih kekal relevan pada hari ini sedangkan sistem pemerintahan kita ternyata berbeza sama sekali. Bahkan ada golongan yang mempertikaikan dengan menimbulkan persoalan ‘adakah ayat-ayat Al-Quran berkaitan kepimpinan masih relevan dan sesuai dengan situasi hari ini?’Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu meneliti nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah dan membandingkannya dengan peruntukan-peruntukan yang wujud dalam sistem perundangan negara kita.

Menurut Monir (2002: 105-122), ajaran Islam terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah nabi Muhammad SAW. Kepimpinan terbaik adalah kepimpinan Rasulullah SAW. Ini dibuktikan oleh catatan sejarah apabila Rasulullah berjaya menggagaskan Negara Islam pertama iaitu Negara Islam Madinah. Perlembagaan Madinah pula merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Kejayaan terbesar hasil penubuhan Negara Islam Madinah adalah kejayaannya menumpaskan dua kuasa besar dunia ketika itu iaitu kerajaan Rom dan kerajaan Yunani. Ini semua adalah natijah kepimpinan Islam yang dimulakan oleh Rasulullah SAW.

KAEDAH PEMILIHAN KETUA DALAM MALAYSIA

Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW kekal relevan hingga akhir zaman walaupun situasinya sudah berbeza pada hari ini. Ini kerana Islam tidaklah mengajar umatnya corak dan sistem pemerintahan tertentu. Sebaliknya Islam mengajar prinsip-prinsip utama dan asas-asas pelaksanaan yang mampu dilaksanakan. Ini jelas apabila para sahabat yang diakui kebaikannya oleh Rasulullah SAW telah melakukan banyak perubahan-perubahan dalam pemerintahan mereka yang ternyata berbeza dengan amalan Rasulullah SAW.

Contohnya adalah kaedah pemilihan khalifah. Rasulullah SAW adalah ketua umat Islam dan lantikan beliau itu dibuat oleh Allah SWT sendiri. Manakala pelantikan ketua umat Islam yang digelar khalifah selepas Baginda SAW adalah melalui pengiktirafan Rasulullah SAW terhadap Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila Baginda melantik Saidina Abu Bakar sebagai imam gantian saat Baginda sakit. Lantikan ini difahami oleh para sahabat yang lain bahawa Rasulullah turut melantik Saidina Abu Bakar sebagai ketua umat Islam pengganti Baginda.
Tetapi saat pelantikan Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib menjadi khalifah, kaedah pemilihan khalifah adalah berbeza. Mereka tidak lagi dilantik secara terus oleh kepimpinan sebelumnya. Ada yang dipilih melalui undian sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara demokrasi. Inilah inovasi dalam kepimpinan yang diamalkan oleh para salafussoleh dan ianya tidak salah di sisi syarak bahkan diakui oleh Allah SWT melalui sabdaan Nabi SAW:
Maksudnya:Tidak akan berhimpun umatku di atas kesesatan.

Andai kata kaedah pemilihan itu tidak diiktiraf oleh Allah SWT, maka tidaklah Rasulullah SAW melafazkan hadis di atas. Apatah lagi inovasi pemilihan ini dilakukan oleh para sahabat-sahabat agung Rasulullah SAW yang benar dan diredhai Allah.

Ini membuktikan bahawa pemerintahan di negara demokrasi pada hari ini dipilih melalui kaedah yang diiktiraf dan sekaligus menolak pandangan beberapa kelompok yang menolak kaedah pemilihan pemimpin melalui peti undi kerana kononnya bertentangan dengan Islam.Ini juga memberi pengertian bahawa ayat-ayat Al-Quran masih relevan dalam membicarakan soal kepimpinan hari ini.
Kita memerlukan pemimpin yang menyokong dan mengambil sepenuhnya perintah syariat Allah. Menurut Al-Qardawi syariat adalah bertujuan memelihara kemaslahatan hidup. Syariat terdiri daripada syariat rabbaniah, syariat insaniah, syariat akhlakiah, syaria waqi’yah, dan syariat mantiquyyah. Ciri-ciri berkenaan adalah bertujuan membawa manusia mencapai kesempurnaan dari segi agama, ibadah dan akhlak.  

Dr. Musdah Mulia (2001: 228) berkata dalam bukunya, Negara Islam:Menurut golongan Sunni, pengangkatan kepala negara itu harus berdasarkan kepada pilihan ummat atau yang lazim disebut dengan syura. Alasannya adalah, pertama: kerana tidak ada nas yang qat’ie tentang siapa pengganti nabi sebagai kepala negara Islam; kedua: kerana prinsip pemerintahan dalam Islam itu berdasarkan syura.Secara lebih terperinci, Abu Zahrah (1965) menjelaskan bahawa kalangan jumhur ahli sunnah sepakat bahawa pelaksanaan syura dalam pengangkatan kepala negara dapat ditempuh melalui tiga cara:1. Melalui pemilihan bebas yang dilaksanakan melalui musyawarah2. Pengangkatan atau penunjukan dari khalifah yang berkuasa terhadap seseorang yang bukan keluarganya3. Pengangkatan atau penunjukan oleh khalifah yang berkuasa terhadap beberapa orang, 3 atau lebih yang merupakan tokoh-tokoh terkemuka dalam masyarakat untuk dipilih.

KONSEP SYURA DALAM SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA

 Syura menurut Al-Qardawi adalah merupakan tunjang utama kekuatan si
stem pemerintahan dan politik Islam. Sepertimana firman Allah yang memerintahkan dalam surah assyura ayat 38 :  Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang Dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepadanya.
 Pada zaman Rasulullah sendiri sememangnya Rasulullah menggunakan syura bersama-sama dengan para sahabat. Syura merupakan asas kepada politik yang adil , membanteras berlakunya kezaliman dalam pemerintahan. Selain itu juga, sistem syura merupakan salah satu pembinaan masyarakat yang adil, bersahsiah, dan berwibawa (Don, Latif, & Kadir, 2004: 38-40).
Dalam sistem pemerintahan Malaysia, konsep syura ini digunakan secara maksimum bila mana setiap keputusan dan dasar utama negara tidak ditentukan oleh mana-mana kuasa mutlak sebaliknya perlu diperhalusi oleh Parlimen yang terdiri daripada dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia. Secara zahirnya kita boleh mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam melalui peruntukan ini.Artikel 11 pula menyatakan bahawa setiap agama bebas dianuti dan diamalkan oleh rakyat Malaysia, dan tertakluk kepada subseksyen (4), ianya juga bebas disebarkan. Menurut subseksyen 4, akta Wilayah Persekutuan dan Enakmen negeri-negeri boleh menghalang penyebaran agama selain Islam kepada penganut Islam.Artikel 32 menyatakan bahawa pemimpin tertinggi Persekutuan Malaysia iaitu Yang di-Pertuan Agong mestilah dipilih oleh Majlis Raja-raja setiap 5 tahun. Dan sebagaimana yang tertulis dalam perlembagaan-perlembagaan atau undang-undang tubuh setiap negeri, sultan ataupun raja mestilah seorang yang beragama Islam dan menjadi ketua agama Islam bagi negeri masing-masing.Artikel 121(1A) pula memperuntukkan bahawa mana-mana kes yang terletak di bawah bidang kuasa kehakiman mahkamah syariah adalah ekskusif kepada mahkamah syariah sahaja. Mahkamah sivil tidak boleh mengganggu bidang kuasa kehakiman ini. Ini tidak terlaksana pula terhadap agama-agama lain.

 KESIMPULAN

Islam adalah merupakan satu sistem dan cara hidup yang melengkapi semua kegiatan hidup manusia. Tidak ada peraturan manusia yang tidak ada peraturan Islam didalamnya. Islam menetapkan peraturan  tertentu dari cara bagaimana bangsa bangun dari  tidur hinggalah membangunkan masyarakat  dan menentukan hubungan antara negara dan umat di dunia ini. Tidak ada sistem hidup didunia ini yang menentukan aturannya selengkap Islam (Prof. haji Hassan Salleh, Prof. Mdya Sulaiman Yasin , & Prof. Dato' Dr. Haron Din, 2003: 94). Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Maidah ayat 3,  

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.

Berdasarkan perbahasan yang telah dilakukan dalam kertas ini, jelaslah bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam secara dasar meskipun tidak memenuhi ciri-ciri negara Islam sepenuhnya terutama dalam aspek perundangan.Lantaran itu, ketaatan kepada pemimpin negara ini sewajarnya diberikan sebagaimana yang telah dibahaskan sebelum ini. Ini bermaksud ketaatan itu wajib selagi tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip dan syariat Islam. 

RUJUKAN

Abu Zahrah, Muhammad (1965). Tanzhim al-Islam li Al-Mujtama’. Qaherah: Dar Al-Fikr Al-‘Arabi

Dr. Musdah Mulia (2001). Negara Islam: Pemikiran Politik Husain Haikal. Jakarta: Paramadina

Don, A. A., Latif, A. W., & kadir, M. N. (2004, Ogos 17). Agama dan Pembangunan Kontemporari. Keuniversalan Pembangunan Islam: Tinjauan Pemikiran Yusuf Al-Qardhawi Mengenai Al-Ab'ad Khamsah , pp. 35-42.

Ibnu Kasir.(2004) Tafsir Ibnu Kasir. Jakarta: Pustaka Ibnu KasirKerajaan Malaysia, Federal Constitution of Malaysia. Kuala Lumpur: Parlimen.

Monir. (2002). Kuasa Perundangan Dalam Islam. Kuala Lumpur :IKIM.Nooh Gadut. (2002. ). Ulil Amri : Takrif dan Konsep. Kuala Lumpur :IKIM.

Prof. Haji Hassan Salleh, P. P., & Prof. Dato' Dr. Haron Din. (2003). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Academe dan Printing Survices Sdn Bhd. Samat. (2002). Hak –Hak Dan Tanggungjawab Rakyat Dan Ulil Amri. Kuala Lumpur :IKIM. 

Zaidan, D. A. (2007). Dasar-Dasar Ilmu Dakwah . Selangor: Dewan Pustaka Fajar.

Wednesday 10 September 2014

Adik-adik junior sebilik SMKA TAHAP


Adik-Adik DORM K 2008....
Dah besar pun mereka ni, Alhamdulillah....
Ada juga yang belajar sama-sama di UnisZA. Terengganu....
Pandai, Cerdik, Cantik,Berbudi Bahasa, Muslimah, Sopan Santun...... 
P/S: Jadilah permata agama Allah yang amat bernilai. amin 




Mereka ini adalah merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh saya untuk bersama mereka, selama setahun-2008.
Diberi amanah untuk mendidik, memberi contoh yang baik, memberi tunjuk ajar dan nasihat. 

Tak ingat dah apa nama permainan ini. hehe
Yang penting masa itu dapat juga luangkan masa dengan mereka. :)



Semangat mereka ini memberikan kerjasama dalam menjayajakan pagi yang ceria ini. hehe


Macam-macam ragam perangai ini, ada yang manja , periang, lemah lembut, suka bercakap. suka bertanya, suka merajuk dan macam macam lagi. Sebagai kakak yang budiman terpaksa lah menatang dengan penuh kasih sayang. Terima kasih adik-adik yang sanggup berkongsi suka dan duka bersama dan tidak lupa juga yang sabar menerima teguran dan nasihat. Akak doakan semoga sentiasa dengan nikmat iman dan islam. Amin. 









Ads Inside Post