Monday 28 November 2011

ABC yang dirindui...
setiap kali pergi kuar makan kat kota raya,mesti g makan ABC,tak kisah lah kuar dengan sape pon,,,
makan sekali mesti rase nak makan lagi....
antara kelebihan ABC kedai air RAZI ini adalah kerana ais dia lembut,dan yang penting guna ais air masak,..
walaupun tidak ada aiskrim ,tapi cukup  sedap...

Alhamdulillah selama dua tahun belajar kat Johor dapat makan...
setelah Kota Raya ditutup sekejap untuk diubah suai,ABC ni selalu dirindui...
menarik disebalik ABC ini,sahabat saya yang telah melanjutkan pelajaran ke USIM akan mencuba ABC disetiap kedai makan   dan  hasilnya tidak sehebat ABC Kedai air RAZI ini.....

ABC Kota Raya ini memang akan kami berdua cari,tidak dapat ditandingi kat mane2 kedai ..huhu
Alhamdulillah Allah jua yang memberi rase,memberi nikmat terhadap hambaNya agar hambaNya berfikir....

Hargailah nikmat yang Allah bagi kepada kita semua ,sesungguhnya nikmat dan ujian itu adalah rahmat Allah terhadap hambaNya.:)






Friday 4 November 2011

2004-2008 : Kehidupan sebagai seorang pelajar asrama SMKA TAHAP


Berbekalkan 5A dalam upsr dan telah terpilih untuk meneruskan pengajian di bumi bertuah SMKA TAHAP. 

Seronok belajar di sekolah ni. 
Meh sini saya  listkan apa yang lebih nya sekolah ini daripada sekolah lain. 

1. Penuh dengan biah solehah. 
Mana nak dapatkan,  yelah duduk asrama. Kena paksa pakai stokin,  sarung lengan,  baju labuh.  Erm,  cakap mengenai baju labuh ni.  Especially untuk muslimat lah kan.  Sebenarnya sekolah saya  ni dah lama perkenalkan baju muslimah labuh ni taw.  Sebelum aku masuk sekolah tahap lagi dah diwajibkan pakai ketika bersukan.  Cumanya sebelum itu,  just kena pakai jubah mini yang dibuat sendiri warna maroon.  Ini adalah cetusan idea daripada ust syed nazir.  Beliaulah yang mewajibkan semua pelajar perempuan pakai. Sebab nyata utamanya adalah labuh bawah punggung dan menetapi syariat.
 
2. Lagi satu,  jadualnya penuh dengan pengisian rohani. 
Antaranya:

1. Solat fardhu lima waktu wajib berjemaah.
2. Amalan puasa sunat hari kebesaran. 
3. Puasa sunat secara jemaah,  yakni semua pelajar kena berpuasa hari tu. 
4. Bacaan al- mathurat setiap petang dan pagi sabtu dan ahad. 

3. Cikgu -cikgu yang sporting.
Tak percaya masuklah smka tahap.  Hehe. Cikgu -cikgu TAHAP Ini baik- baik belaka. 
Kalo jumpa kat luar,  cikgu- cikgu masih ingat lagi nama studentnya.. 
Rasa sangat bertuah dapat jadi warga SMKA TAHAP. 

3.  Hari sukan
Sekolah kami ada dua padang,  sebarang sukan yang melibatkan muslimat mestilah diasingkan daripada muslimin.  Pelajar muslimin tidak dibenarkan tengok pelajar muslimat bersukan. Begitu juga kalo muslimat terpaksa menggunakan padang muslimin,  maka muslimin juga tidak dibenarkan hadir. Saya bersyukur dapat masuk sekolah ini.  Ia mendidik jiwa muslimat supaya tunduk dan rasa malu. 😊








Bnyk pengalaman yang berharga sepanjang berada di SMKA TAHAP. Makanya,  bolehlah hantar anak anak ke sekolah ni ye... :) 

Ads Inside Post