Thursday 5 April 2012

Alhamdulillah telah berjaya menamatkan pengajian di MARSAH


Alhamdulillah , saya baru sahaja selesai pengajian di Marsah, banyak dugaan , penat lelah telah dilalui bersama sahabat seperjuangan.

Perjuangan bersama Al-Quran ini tidak dapat dibandingkan dimana-mana, amat berbeza, disinilah kami merasai kepayahan bersama-sama, Alhamdulillah Allah jua sebaik-baik perancang. Rasa amat bahagia apabila tercampak di bumi Marsah ini, bermula dengan tangisan dan diakhiri jua dengan tangisan. Malah , sepanjang meneruskan perjuangan meneguk ilmu di Marsah ini, banyak hikmah yang kami telusuri bersama. Disini, saya ingin kongsikan sedikit sebanyak gambar yang akan membuatkan saya rindu akan Marsah. Alhamdulillah , dengan Al-Quran jua Allah mengikat hati-hati kami. Kita bertemu dan berpisah kerana Allah.




Barisan pensyarah-pensyarah

* Terima kasih kepada semua barisan pensyarah, dengan berkat doa dan harapan kalian serta kesabaran dalam mendidik kami, akhirnya berjaya menempuhinya.
 * Antara yang paling best berada di Marsah ini, hubungan pelajar dan pensyarah amat rapat. Salam Wida' pensyarahku sayang !!!!




Saya dan ustazah tasmik saya...( sebelum khatam )

* Anak murid yang agak nakal dengan ustazah, tapi paling rapat dengan ustazah...ermmm, macamana  tu??/ hehehe.
* Banyak perkara yang kami kongsi bersama. (^_^)
* Apa-apa pon terima kasih banyak-banyak atas jasa dan dorongan yang diberikan.
* Ada orang kata muka kitaorang berdua sama ...yeker???
* Ok lah, kalau cerita tentang ustazah takkan habis nanti...


Bersama dengan mentee di Telok Gorek , Mersing.

* Maaflah biarlah rahsia, siapa orangnya...hehe
* Saya harap awak dapat meneruskan perjuangan sebagai hamlatul Quran dengan gigih. Sabar, tekun dan sentiasa istiqamah. Semoga berjaya sahabatku sayang !!!
* Jangan diukur pandangan manusia, ukurlah pandangan Allah yang agung sahabat.



Pemandangan dari Kelas Tahun 3

* Atap biru adalah dewan Maahad Johor.
* Kubah biru adalah Masjid Abu Bakar, Johor.
* Ruang yang agak kabus itu adalah Pantai Lido dan seterusnya Singapura. ( diambil pagi hari, so tak nampaklah Singapura, next time ye  <3 )
* Ini adalah sedikit suasana di pagi hari , seawal 7 pagi. 



siapakah bakal penggantinya??

* Ini adalah kelaas yang digunakan untuk tasmik merangkap kelas Tahun 2.
* P/s : Jangan lupa pensyarah Marsah.
         : Nanti dah habis belajar, datang mengajar dekat Marsah pula....mungkinkah???



semuanya enam orang....
* Insya allah bersua kembali, tidak didunia yang fana ini dan diakhirat kelah itu pasti.
* Semoga ikatan kita terus teguh dibawah payungan nur dan rahmat Allah. Amien. Sahabat selamanya~
* Sepanjang meneruskan perjuangan di Marsah , telah mematangkan kami dalam segala hal, insya allah.
* Pandai berdikari walaupun Marsah ini kecil je tempatnya. 
* Banyak lagi yang menarik, yang penting insya allah ... friendship forever <3
* Namun perjuangan belum selesai sahabat!!!! 



Wednesday 4 April 2012

Perasaan sayang fitrah manusia



"mak, baru anak orang dah rasa sayang sangat , asyik teringat jer"...si kecil zakuan.



Tiba -tiba terkeluar dibibir saya, tapi mak saya hanya mendiamkan diri, masakan tidak benar dialah ibu yang membesarkan 9 orang anaknya. Benarlah ibu bapa akan menyayangi anak-anak sebelum mereka dilahirkan lagi, kasih sayang mereka tiada tolok bandingnya. 



Kini sar ammar izuddin jadi pilihan buah hati kami semua......


Ammar, besar nanti nak jadi pe ..? Jadi orang yang beriman ye , taat perintah Allah. 


Menggamit hati sungguh bila dengar abah cakap macam itu dengan Ammar...teringat waktu kecil- kecil dulu , abah bagi pesanan yang sama...tapi dah besar ini baru pikir..Alhamdulillah..

Hargailah jasa dan pengorbanan ibu bapa, tidak semua orang mampu menzahirkan , menunjukkan sayang kepada anak-anak, tapi mungkin dengan secebis doa dan harapan yang amat bermakna, insya allah. Memiliki sesuatu yang baru dengan usaha dan harapan untuk mendapat yang terbaik  amat dihargai, berbanding sesuatu yang amat mudah dimiliki. Renungkan bersama.(=_=)


Ads Inside Post