Saturday 31 December 2011

Kem Bina Insan Cemerlang MARSAH

alhamdulillah ..


Bertempat di Teluk Gorek ,Mersing Johor.








Selesai sudah kem bina insan cemerlang (bic),terima kasih kepada pihak MARSAH kerana memberi kami peluang untuk menyertai kem tersebut . Walaupun penat ,tapi serba sedikit memberi kami satu pengalaman dan peluang yang tidak dapat dilupakan , insya allah (^-^)

Kepada sahabat-sahabat Tahfiz sekalian , memori itu insya allah akan diingat selamanya.
Aktiviti yang penuh sepanjang hari tidak memutuskan semangat kami untuk meneruskan aktiviti ,malah makin bersemangat. Kami terpaksa memasak sendiri , walaupun penat tapi tetap meneruskan usaha memasak,mengemas. Alhamdulillah berkat kerjasama antara banin dan banat,akhirnya berjalan dengan lancar.

Bilangan peserta bic yang hanya tidak mencecah 60 orang itu mampu memecahkan kesunyian malam dan bunyi ombak .Kekecohan suasana yang berlaku amatlah dirindui.Namun dalam kegembiraan tetap terselit kesidiahan sebagai tanda Allah ingin menguji hati hambaNya.Ya Allah tabahkanlah hati hambaMu ini.Amien.

Banyak aktiviti -aktiviti yang menarik ,antaranya abseling,berkayak dekat tengah-tengah laut,jungle trekking.Alhamdulillah ,dalam banyak -banyak kem ,inilah kem yang saya rasakan paling best. Alhamdulillah semua aktiviti ,saya dapat sertai dengan baik.

Antara perkara yang saya rasakan amat terkesan dekat hati,cuba bayangkan macam manalah seorang isteri yang berkerjaya nak menguruskan rumah ,dalam masa yang sama nak memasak dan uruskan anak-anak. Balik kerja dah kena siapkan makanan, penat yang dirasakan tolak tepi je, dah tak pikir pon pasal penat , tetapi yang penting tanggungjawab yang digalas. Dalam kem berkenaan kami seolah-olah dilatih macam mana nak menguruskan diri seperti kehidupan orang yang sudah berkeluarga.Terima kasih kepada ahli kumpulan yang ,menjayakan dengan baik segala aktiviti yang ditugaskan. Kenangan dengan kawan -kawan sekalian tidak akan dapat dilupakan. Terima kasih juga kepada ahli kumpulan banin yang amat memahami kami, dan memang rajin membantu banat.

Selain itu juga ,kem ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar tahfiz dan hubungan dengan
pensyarah dan staf-staf marsah.Terima kasih tidak terhingga kepada ustaz Rosli bin Bahari,ustaz Syafie,Ustazah Intan ,Cik Fazliy ,Cik Ahmad dan Kak Fiza yang banyak membantu kumpulan saya "DIN".

Simbolik daripada nama ini adalah berasal dari perkataan Thailand yang bermaksud Tanah. Nama yang dipilih secara spontan ,kebetulan dalam kumpulan ada seorang ahli kumpulan yang berasal dari Thailand.So,terus je ambil nama berkenaan ,sebab yang utama nama kumpulan mestilah bermula dari abjad D.Satu lagi yang menarik kat kumpulan saya ni,trade mark ..hehe kuat ,semangat  dan mampu menggerunkan kumpulan lain, dan yang paling penting senua orang terkejut dan nak dengar lagi. " DIN , what is your profesion??? hu,hu,hu"
Pada mulanya segan nak buat ,tapi bila tengok muke ustaz Rosli selaku fasilitator senyum ,terus bersemangat nak buat.Simple, tapi menarik.=)

Saya pasti akan merindui rakan seperjuangan tahfiz ,doakan agar hari-hati kita bertaut dengan al-Quran.Amin.Insya Allah bagi rakan sem 6 Tahfiz ,kita akan bertemu lagi di Program Bakti Siswa yang bertempat di Kota Tinggi pada 9-16/4 2012 . Tinggal lagi dua bulan untuk meneruskan perjuangan di MARSAH.Boleh tak,tak nak keluar dari MARSAH lagi. hehe. Rasa sayang sangat nak menginggalkan MARSAH,kenangan bersama kawan-kawan dan ustaz , ustazah memang tidak boleh dilupakan. Terima kasih semua. =)

.....................................................................Alhamdulillah.........................................................................


Monday 26 December 2011

Makanan Pahang di Johor





Alhamdulillah 
Rupanya best jugak jadi orang yang terasing kat MARSAH ni,maklumlah datang dari jauh ,Pahang..
yang paling best kat asrama adalah makan...makan2..

kawan -kawan yang datangnya semua dari Johor..
setiap kali pulang ke Pahang mesti kene order punyer..
tapi tak pe sebab keretapi yang bawa,x berat pon ...hehe


salak sekilo!!!!




tempoyak!!!
kegemaran ustazah yang disayangi ,ustazah Intan Dahlia 





gulai ikan patin masak tempoyak..
semua orang suke =)




sambal hitam...kegemaran ghah




lesung batu...tambahan jer sebab nak buat sambal belacan..huhu
tapi bnyak kegunaannya..jauh datang dari pahang,..
kalau nak bawa ,bawa jugak walaupun kat Johor kan boleh cari..





Alhamdulillah...semuanya rezeki dari Allah..
Kawan-kawan,semoga bila teringat makanan dari Pahang, ingat SAR...hehe
 dan semoga ukhuwah kita kekal selamanya..


Saturday 24 December 2011

Majlis akad nikah ustazah ain


alhamdulillah , ustazah kesayangan telah selamat di ijab kabul bersama pasangan.Mabruk !!


ustazah Nurul Ain binti Mat Ros dan Ustaz Khalid Osama Al-Sudani


Ustazah Ain merupakan ustazah tasmik saya yang pertama, malangnya saya hanya sempat bersama dengan ustazah hanya satu sem setengah sahaja.Ustazah meneruskan langkahnya dengan menyambung pengajian di UIA. Setiap kata-kata beliau menjadi pendorong yang besar bagi kami semua.Sayang ustazah !!

Semoga ustazah kekal bahagia hingga ke anak cucu bersama pasangan. Melahirkan para mujahid- mujahidah sehabatmu ustazah. 

Teringat kata-kata doktor kesayangan ustazah Ain selepas majlis akad nikah ....orang yang bernikah akan  dapat merasai perasaan  mawadddah dan rahmah. Apa yang dimaksudkan dengan mawaddah adalah bukannya hanya cinta sahaja.Sebenarnya yang dimaksudkan itu adalah cinta yang disertai ,ditonjolkan melalui perbuatan.Manakala rahmah iaitu , tidak berkira dalam segala aspek, menerima segala  kelebihan dan kekurangan, saling memaafkan antara satu sama lain.

..................................................................................................................................................................

Alhamdulillah ,Allah mudahkan perjalanan kami untuk sampai ke UIA . Perjalanan yang penuh sesak ,serta disertai dengan hujan yang berterusan bukan penghalang semangat nak jumpa ustazah yang tersayang. 
Setibanya di stesen lrt Gombak , dek kerana ustazah kurang sihat ,maka kami terpaksa naik bas UIA. Sebenarnya agak ketat untuk masuk ke dalam kawasan UIA ,Allah mudahkan apabila bas memasuki pintu gerbang , tiada sebarang pemeriksaan dilakukan. Maka akhirnya , saat yang dinanti untuk berjumpa dengan ustazah terlaksa juga.

Insya allah ustazah , kami akan turut meriahklan majlis yang akan berlangsung di Simpang Renggam pada bulan Enam tahun 2012. 

Monday 19 December 2011

Zikir amalan Sunnah



Suasana dibilik hangat dengan celoteh sahabat-sahabat yang main congkak.Seronok sangat dapat main ,menghilangkan tekanan mengafal~ley la...layankan jer...

setibanya pulak giliran saya main,seronoklah jugak kan sebenarnya,lama dah tak main....
dah bpe kali pusing dah,alhamdulillah menang sokmo...alhamdulillah ~

suasana menjadi meriah bila seorang sahabat saya berkata: "ko main sambil zikir ea? asyik menang jer"
pastu semua orang gelak~

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

sebenarnya apa yang ingin saya kongsikan bersama pada entri  kali ini adalah mengingati Allah itu perlu dalam setiap amal seharian kita.

tidak rugi pon mengingati Allah,bahkan makin dekat dengan Allah...

pe pon sangat menarik ,walaupun dengan main congkak jer....
jadikanlah setiap perkara yang kita lakukan adalah kerana Allah..




begitu bnyak nikmat yang Allah bagi kat kita semua ,tidak terhitung ,tidak terkira..
hargailah ia,jadilah hamba yang mensyukuri nikmatNya..=)

Saturday 3 December 2011

HADIS 37:KEADILAN ALLAH,KURNIA DAN KUASA

OLEH: SAR MASTURA BINTI ABDUL RAHMAN

HADIS 37:KEADILAN ALLAH,KURNIA DAN KUASA
عن ابن عباس رضي الله عنهما، عن رسول الله فيما يرويه عن ربه تبارك وتعالى، قال  
  إن الله تعالى كتب الحسنات والسيئات، ثم بين ذلك، فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله عنده حسنة كاملة، وإن هم بها فعملها كتبها الله تعالى عنده عشر حسنات إلى سبعمائة ضعف إلى أضعاف كثيرة، وإن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله عنده حسنة كاملة، وإن هم بها فعملها كتبها الله عنده سيئة واحدة  
[رواه البخاري:6491، ومسلم:131 في صحيحيهما بهذه الحروف].
Dari ibnu Abbas Radhiallahu anhuma dari Rasulullah SAW ,beliau meriwayatkan wahyu dari Allah SWT katanya:
“sungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan segala kejahatan kemudian ia terangkan yang demikian itu.Maka barangsiapa yang bercita-cita dengan  kebaikan ,kemudian ia tidak mengerjakannya,Allah tuliskan kebaikan itu (sebagai balasan) disisinya sebanyak sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus ratus kali ganda hingga sampai beberapa kali limpat gandanya banyaknya.Dan jika dia bercita-cita dengan satu kejahatan ,kemudian dia tidak mengerjakannya, Allah tuliskannya satu kebaikan yang sempurna.Dan jika dia bercita-cita dengannya lalu dia mengerjakannya,Allah tuliskan kejahatan itu dengan balasan satu sahaja kejahatan.”
(diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih kedunya dengan lafaz-lafaz ini)


Dalam hadis Qudsi terdapat khabar baik yang agung,harapan yang besar akan kurniaan Allah yang luas sera rahmatNya yang melimpah dan meliputi segala sesuatu.
Hadis ini membangkitkan harapan dalam hati ,mendorong untuk bekerja keras do bawah penguasaan Allah,serta di bawah keadilan dan kelembutanNya.

Amalan Kebaikan
Setiap amal kebaikan yang dikerjakan oleh setiap muslim akan diberi pahala ganjaran sepuluh kali ganda.Sebaimana firman Allah SWT:
Ertinya:
‘‘Barangsiapa melakukan satu kebaikan maka untuknya sepuluh kali ganda seumpanya…’’
(Al-An’am:160)
Setiap ganjaran pahala sepuluh kali ganda itu adalah dengan izinNya.sebaimana firman Allah SWT:
Ertinya:
‘‘Perumpaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkah hartanya di jalan allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuh tujuh butir,pada tiap-tiap butir seratus biji.Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki.Dan maha luas lagi maha Mengetahui’’
(Al-Baqarah:261)
Telah diriwayatkan oleh Muslim daripada Ibnu Mas’ud r.a katanya: ‘‘Seseorang lelaki telah datang menuntun untanya yang telah siapa diberi tali lalu berkata:       ‘‘Ya Rasulullah,unta iini untuk jalan Allah.’’Rasulullah SAW bersabda :Bagi kamu tujuh ratus ekor unta pada hari kiamat.’’Lipatan ganda hingga sepuluh kali lipat terhasil berdasarkan keislaman,berdasarkan kesempurnaan keikhlasan dan berdasarkan kelebihan amalan dan pelaksanaannya di tempat yang sesuai baginya.

Amalan Kejahatan

Setiap kejahatan yang dilakukan oleh hamba itu tidak akan ditulis berlipat ganda.Firman Allah SWT:
Ertinya:
‘‘Dan barang siapa datang (dengan melakukan kejahatan )dengan (satu) kejahatan maka tidak akan dibalasi melainkan dengan seumpama dengannya dan mereka tidak akan dizalimi.’’
(Al-An’am:160)
Akan tetapi kejahatan akan menjadi besar disebabkan kemulian masa,tempat atau si pelakunya:
a. Kejahatan lebih besar keharamannya sekira berlaku pada bulan haram.Bulan haram adalah bulan yang dimuliakan Allah.Firman Allah di dalam surah At-Taubah yang bermaksud: ‘‘Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas,dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi,diantaranya empat bulan haram,itulah agama yang lurus,maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu…’’ Kata Qatadah di dalam penafsiran ayat ini :Ketahuilah bahawa kezaliman yang dilakukan dalam bulan haram ,kesalahan dan dosanya lebih besar berbanding dengan lain-lain bulan ,walaupun kezaliman di dalam setiap keadaan itu di luar kawalan ,akan tetapi Allah SWT membesarkan-besarkan (dosa) dari perbuatannya itu sebagaimana yang dikehendakiNya.’’
b.Kesalahan di tanah Haram lebih besar,ini kerana merupakan tempat yang mulia.Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud :
 ‘‘ (Musim haji) adalah beberapa bulan yang dimaklumi,barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu untuk mengerjakan haji,maka tidak boleh rafats(mengeluarkan perkataan yang boleh menimbulkan berahi atau bersetubuh) ,berbuat fasik atau berbantah-bantahan dalam mengerjakan haji,,’’Kata Ibnu Umar :Fasik adalah melakukan maksiat di tanah Haram.Begitu juga firman Allah dalam surah Al-Hajj ayat ke 25 yang bermaksud: ‘‘siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim .nescaya kami akan rasakan sebahagian siksa yang pedih…’’
Justeru itu,para sahabat dan salafusoleh takut untuk menetap lama di tanah Haram,takut sekiranya melakukan dosa-dosa.Antara mereka adalah Abbad dan Abdullah bin Amru bin Al-‘As dan Umar bin Abdul Aziz.Telah diriwayatkan bahawa Umar bin Al-Khattab r.a telah berkata : ‘‘Aku lebih suka untuk membuat tujuh kali dosa di tempat selain Mekah dari hanya melakukan satu dosa di Mekah.’’Dan daripada Mujahid katanya: ‘‘Kejahatan di Mekah akan dilipat gandakan dosanya sebagaimana kebaikan itu dilipat gandakan pahalanya.’’

Pengajaran hadis
                                             
1.      Sesungguhnya rahmat Allah terhadap orang yang beriman amatlah luas,ampunanNya merata,dan pemberianNya tidak terbatas.
2.      Hendaklah seseorang muslim berniat untuk melakukan kebaikan,semoga pahala dan balasannya dituliskan baginya.
3.      Ikhlas dalm mengamalkan yang baik dan meninggalkan kemaksiatan adalah landasan untuk mendapatkan pahala.Maka semakin tinggi keikhlasan,semakin berlipat ganda pula pahalanya.
4.      Sesungguhnya Allah maha Adil dan maha Berkuasa.




  




Thursday 1 December 2011

yang kurindui


Teman,,
Aku  tak pernah tinggalkan kau
Mngkin cara kita yang berbeza
Aku tak mampu
Aku tak sehebatmu
Aku hanyalah insan biasa
Xpandai untuk mengetahui
Aku bukanlah yang terbaik untukmu
Tak  mampu untuk menjadi orang lain
Aku adalah aku
Mamafkan aku andai ada yang buatkan kau rasa aku bukanlah  temanmu
Teman suka dan dukamu
Percayalah
Aku xpernah tinggalkan kau dalam doa...

Ads Inside Post