Tuesday 10 August 2010

HADIS 32:MENOLAK KEMUDHARATAN DIDALAM AGAMA ISLAM

OLEH: SAR MASTURA BINTI ABDUL RAHMAN

HADIS 32:MENOLAK KEMUDHARATAN DIDALAM AGAMA ISLAM

عن أبي سـعـيـد سعـد بن مالك بن سنان الخدري رضي الله عنه، أن رسول الله قال: لا ضرر ولا ضرار
حديث حسن، رواه ابن ماجه:2341، والدارقطني:4/ 228، وغيرهـما مسنداً، ورواه مالك في (الموطأ):2/746،       
عـن عـمرو بن يحي عـن أبيه عـن النبي مرسلاً، فـأسـقـط أبا سعـيد، وله طرق يقوي بعـضها بعـضا  
                 
Dari Abu Saad bin Malik bin Sinan Al-Khudry Radhiyallahu Anhu ,ia berkata,Rasulullah bersabda , ‘‘Tidak boleh berbuat yang mudharat dan membalas mudharat dengan mudharat yang sama.’’
Hadis ini diriwayatkan dari Abi Said ,iaitu Saad bin Malik bin Sinan Al-Khudry.Beliau merupakan seorang sahabat yang banyak menghafaz lagi banyak ilmu,dan ia dari kalangan orang Ansar yang terkenal dengan kepintaraan dan bijaksana.Hadis yang beliau riwayatkan lebih kurang seribu lebih.

Ibnu Rejab berkata :Imam Ahmad telah menjadikan hadis ini sebagai dalil.Abu Amru Ibnu Assolah berkata:hadis ini disanadakan oleh Ad-Darutqutni dari berbagai arah dan keseluruhannya menguatkan hadis ini serta menghasankannya.Jumhur ahli ilmu telah menerima hadis ini dan dijadikan hujah .Abu Daud berkata :Ianya adalah dari hadis yang berpaksi padanya ilmu fekah dan dapat dirasakan bahawa ianya tidak daif.
  
PERKARA YANG MENGENAI LARANGAN KEMUDHARATAN ATAU KESUSAHAN

1.Yang dinafikan adalah kemudharatan bukannya hukuman dan qisas
Cukuplah dikatakan tidak ada kemudharatan dan tidak boleh buat kesusahan.Kedua-duanya larangan tersebut tidak disukai agama,sama ada diri sendiri atau kepada orang lain,sama ada dengan cara kasar atau lemah lembut,kecuali kemudharatan itu suatu kebenaran yang diizinkan agama untuk digunakan sebagai hukuman dan ini adalah dalam kesalahan tertentu seperti mencuri ,menyamun dan sebagainya.

Yang dimaksudkan kemudharatan dalam hadis ini adalah sesuatu yang bukan hak. Iaitu suatu tindakan dan perbuatan yang dilakukan seseorang atau sesuatu perkara bukan atas dasar hak tetapi lebih kepada mencabul hak orang lain.Adapun mendatangkan atau memasukkan kesakitan pada individu tertentu yang berhak untuk menerima kesakitan itu,sepertimana seseorang yang telah melanggar hukum hudud Allah SWT lalu dihukum atas kesalahannya itu atau seseorang yang telah menzalimi seseorang yang lain lalu tindakan yang sepatutnya diambil keatasnya atau dihukum atas kezalimannya itu ,maka kesakitan seperti itu bukan yang dimaksudkan yang ingin disampaikan oleh hadis ini justeru qisas  adalah satu isyarat Allah SWT.Seperti mana firman Allah yang bermaksud:
Ertinya : ‘‘Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan )hidup bagimu,wahai orang-orang yang berakal,supaya kamu bertakwa.’’
(Al-Baqarah:179)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
‘‘Aku telah diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,apabila mereka mengucapkannya ,maka terpeliharalah darah dan harta mereka dariku melainkan dengan haknya dan penghisabannya mereka terserah kepada Allah SWT’’
(Hadis ini dipersetujui oleh Al-Bukhari dan Muslim)

2.Penanggujawaban (Taklif) Dalam Agama Islam Tidak Terdapat Pada Sesuatu yang Mengandungi Kemudharatan dan Larangan pula Tidak Wujud ke Atas Sesuatu yang Mempunyai Manfaat
Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membebankan hambanya dengan apa yang hambanya tidak mampu lakukan.Allah SWT maha mengeahui kemampuan hambanya.Setiap perintah yang Allah SWT suruh umat manusi lakukan ada hikmah dan terdapat banyak manfaat terhadap hambaNya.Sekiranya mereka mengikut segala perintah Allah,mereka akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.Sesungguh setiap larangan Allah itu telah ditetapkan hukumanNya sama ada didunai mahupun diakhirat.Firman Allah SWT yang bermaksud:
‘‘Katakanlah ; ‘‘Tuahnku menyuruh menjalankan keadilan…’’
(Al-A’raf:29)
Katakanlah :‘‘Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan keji ,baik yang nampak atau yang tersembunyi…..’’
(Al-A’raf:33)
Tidak syak lagi wujud kebaikan dan manfaat pada keadilan ,manakala pada kekejian pula wujud kerosakan dan keburukan.Jelasnya setiap orang yang berakal hendaklah melihat kepada syariat Allah SWT:Sesungguhnya Allah SWT membolehkan setiap hambaNya setiap sesuatu mempunyai kesejahteraan akal fikiran dan kesihatan tubuh badan mereka.Firman Allah SWT yang bermaksud:
‘‘Katakanlah ;Siapakah yang mengharamkan perhiasan yang telah dikeluarkan oleh Allah untuk hamba-hambaNya dan rezeki yang baik?’’Katanlah:Semua itu adalah bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia,khusus di hari kiamat.’’
(Al-A’raf:32)
Maksudnya,perhiasan di dunia dikongsi bersama –sama dengan orang –orang yang beriman dengan orang –orang yang tidak beriamn,akan tetapi perhiasan di akhirat hanya layak bagi orang-orang yang beriman sahaja.

Firman Allah dalam surah Al –An’am ayat 145 yang membawa maksud
 ‘‘Katakanlah:Tiadalah yang aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku,sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya,kecuali kalau makanan itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi-kerana semuanya itu kotor dan fasik-atau binatang yang disembelih selain dari nama Allah.’’

3.Menolak Keberatan/Kesempitan

Antara bentuk menolak kemudharatan dalam Islam adalah mengangka keberatan atau kesempitan dari penganutnya atau lebih khusus orang yang mukallaf dan meringankan mereka dari kesusahan dan kepayahan yang terhasil dari perintah yang mereka dipertanggungjawabkan keatasnya dengan syarat kesusahan ini bukanlah kesusahan yang menjadi adat dari sesuatu yang perintah yang ditaklifkan.Sesungguhnya agama Islam adalah agama yang mudah.Firman Allah SWT yang bermaksud:
‘Dan sesekali –kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan….’’
(Al-Hajj:78)
Daripada Ibnu Abbas r.anhuma katanya: ‘‘Rasulullah SAW telah ditanya: ‘‘Apakah agama yang paling dicintai Allah?’’Sabda Rasulullah berkata: ‘‘Agama yang lurus dan pemurah…’’(Diriwayatkan oleh Ahmad dalam musnadnya dan diriwayatkan oleh Al-Bukhari secara mu’allaq)
Keringanan yang Allah berikan kepada umat manusia adalah merupakan satu tanda kasih dan sayangNya .Antara contoh-contoh keringanan yang diberikan Allah kepada hambanya adalah:
a.       Tayamum ketika sakit dan ketiak susah memperoleh air..
b.      Berbuka puasa bagi orang yang sakit dan bermusafir.
c.       Tiada dosa dalam ihram dalam mengerjakan beberapa perbuatan yang dilarang jika berpegang teguh dengannya menyebabkan kemudharatan bagi dirinya.
d.      Menangguh pembayaran hutang bagi orang yang kesulitan .

4.Perkara-perkara yang Mendatangkan Kemudharatan

Terdapat dua bahagian kemudharatan yang zahir:
a  .       Tindak tanduk mukallaf yang mempunyai niat yang buruk terhadap orang lain.Jenis ini penuh dengan keburukan dan jelas akan pengharamannya.
b  .      Tindak tanduk mukallaf yang  mempunyai tujuan yang sahih dan disyarakkan ,akan tetapi tujuan ini mempunyai kemudharatan terhadap individu lain.

Islam telah melarang umatnya daripada melakukan kemudharatan yang pertama(a).
Antara jenis-jenis kemudharatan yang berlaku pada hari ini ialah kemudharatan dalm jual beli,wasiat,ila ,rujuk dalam pernikahan dan mudharat dalam menyusu.

Pengajaran Hadis

1      Hadis ini menunjukkan agama Jslam adalah agama yang penuh dengan kesejahteraan dan keselamatan .agama yang tidak menginginkan kemudharatan atau kesusahan yang ditimbulkan oleh perbuatan penganiayaan sama ada terhadap diri sendira atau orang lain atau kepada masyarakat sekeliling,baik dengan cara halus atau kasar .
2     Hadis ini menjada salah satu daripada sumber pengambilan hokum islam berdasarkan kaedah yang diciptakan daripadanya.Antara kaedah –kaedah yang dihukum daripadanya adalah:hokum qisas,hokum hudud atau jenayah dan hokum yang melibatkan ganti rugi dan sebagainya.



Ads Inside Post