Friday 31 May 2013

PEMBANGUNAN MANUSIA DAN LESTARI ( DARI SUDUT BIOLOGI)



 1.0 PEMBANGUNAN MANUSIA DAN LESTARI ( DARI SUDUT BIOLOGI)

Komuniti lestari adalah komuniti yang mengamalkan prinsip pembangunan lestari, iaitu komuniti yang menerima pakai cara hidup dan jalan pembangunan yang menghormati dan bertindak dalam lingkungan batasan alam semulajadi. Matlamat utama komuniti lestari adalah memenuhi keperluan asas sumber secara berterusan pada masa depan.

Prinsip komuniti lestari yang perlu dituruti bagi mencapai matlamat membangunkan komuniti adalah menghormati dan memelihara kehidupan komuniti dengan bertanggungjawab bagi memelihara penduduk dan kehidupan lain, sekarang dan akan datang. Seterusnya, pembangunan yang tidak menjejaskan kumpulan lain atau generasi akan datang serta pengagihan yang adil faedah dan kos penggunaan sumber dan pemeliharaan alam sekitar dalam komuniti berlainan dan kumpulan-kumpulan berkepentingan.

Untuk membentuk masyarakat lestari adalah dengan masyarakat perlu mengubah sikap dan amalan harian. Mengupayakan komuniti bagi menjaga persekitaran mereka. Menyediakan kerangka nasional bagi integrasi pembangunan dengan pemeliharaan dan mewujudkan perikatan global.
   
2.0 PEMBANGUNAN DARI SUDUT EKONOMI

Pembangunan sesebuah bandar atau kawasan luar bandar adalah disebabkan proses pembangunan pembandaran yang meliputi perindustrian. Perindustrian telah mampu mempengrauhi pertumbuhan bandar dan serta proses perbandaran sesebuah Negara. Pembangunan industri di kawasan luar bandar bermatlamat untuk mengubah senario pembangunan nasional agar kawasan yang selama ini   terpinggir daripada arus pembangunan akan turut sama merasai gelombang kemajuan negara. Ini disebabkan penubuhan eset industri akan menjana kewujudan pusat-pusat pembangunan wilayah, peningkatan pengeluaran di luar bandar, pembukaan lebih banyak peluang pekerjaan, pembentukan kemahiran dan disiplin kerja, penambahan bilangan bumiputra dalam perniagaan dan industri dan pengukuhan antara industri.


3.1 PEMBANGUNAN EKONOMI TERHADAP GOLONGAN MUDA.

Salah satu pembangunan komuniti berdasarkan biologi. Mengikut golongan iaitu golongan muda. Bandar, bangunkan kawasan perindustrian , akan membuka peluang kepada golongan muda untuk bekerja, meningkatkan taraf hidup mereka. Fenomena migrasi keluar desa ini mempunyai beberapa polisi yang penting dari segi perancanagn dan pembanguna ekonomi keseluruhannya. Dasar ekonomi baru (DEB) secara langsung atau tidak langsung merangsangkan fenomena migrasi  keluar desa melalui program penggalakkan bumiputra memiliki dan menguasai 30% daripda aktiviti perniagaann dan perindustrian dan juga program penggalakan berpindah daripada pekerjaan yang mempunyai daya pengeluaran yang rendahkepada pekerjaan yang mempunyai daya pengeluaran yang yang tinggi. Mahu  tidak mahu, migrasi keluar desa yang terbit daripada rangsangan-rangsanagn ini perlu dianggap sesuatu yang positif, iaitu yang melibatkan proses mengeluarkan daripada kemiskinan. Ini perlu dilihat dalam konteks kemiskinan Bandar dan juga dasar –dasar perbandaran dan perindustrian yang berkaitan. Dasar-dasar upah dan pampasan pekerja pindustri perlu menjamin pendapatan yang lebih lumayan sebelum migrasi. Program latihan sesuai dengan permintaan pekerja industry tertentu juga sesuai dijalankan, jika tidak akan ada mismatch diantara keperlua tenaga kerja industry yang diperlukan dengan penawaran tenaga kerja yang mempunyai kemahiran yang berlainan. Akibatnya wujud kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan buruh –migran , walaupun terdapat permintaan yang tinggi bagi buruh industri.

Dari segi lain pengecilan sektor pertanian dari segi sumbangan KNK dan bahagian tenaga buruh dalam sektor pertanian diharapkan dapat menyediakan tapak bagi pembangunan  sektor pertanian yang lebih berasaskan perdaganagn serta membesarkan saiz unit-unit pengurusan pertanian. Daya pengeluaran keseluruhannya dijangka meningkat, tetapi memerlukan perubahan-perubahan perundangan tertentu dari segi pemilikan dan cara milik tanah. Jika tidak halangan halanagn struktual terhadap pembangunan sector pertanian akan terus memerangkap golongan –golongan termiskin. Jika ini berlaku denagn kadar lebih pesat dan usaha-usaha untuk berlaku dengan kadar yang lebih pesat dan usaha –usaha untuk membendung arah aliran ini akan menjadi sia-sia. 

3.2 PEMBANGUNAN EKONOMI TERHDAP GOLONGAN PETANI  

Perlu galakan untuk meneruskan aktiviti pertanian atau membuka tanah-tanah rancangan. Petani perlu mendapat inisiatif yang bersesuaian bagi mangusahakan tanah-tanah terbiar serta meningakatkan pengeluaran. Sumbangan tanah rancangan yang telah digagaskan amat bernlai ke generasi rancangan yang seterusnya.

3.2.1 Contoh bantuan : skim subsidi baja.

Petani diberikan baja daripada pihak kerajaan untuk mengusahakan padi. Ini adalah salah satu usah auntuk membangunkan golongan petani. Hasil pengeluaran makin bertambah apabila bantuan baja diberikan.

3.2.2 Kesan keatas kos pengeluaran

Kos pengeluaran baja amatlah membebankan. Secara purata petani membelanjakan Rm 103.57 sehektar bagi input baja. Dengan perlaksanaan skim subsidi baja , petani telah menyelamatkan 86$ daripada kos baja. Tambahann pula dengan adanya skim ini kuantiti baja yang digunakan oleh petani bertambah, walhal perbelanjaan untuk keluaran baja rendah.

3.2.3 Kemudahan perairan dan kadar hasil

Bekalan air yang terkawal melalui rancanagn perairan merupakan salah satu faktor terpenting menyumbang peningkatan hasil padi. Perairan juga merupakan penggenap kepada penggunaan input moden seperti baka jenis baik, baja kimia dan racun serangga perosak. Perairan juga perlu pada tanaman dua kali setahun.
Rancangan untuk menyediakan kemudahan perairan bermula sejak 1930-an. Sehingga 1970 kira-kira 64% daripada kawasan padi telah mendapat dibekalkan dengan kemudahan perairan. Walaupun kadar ini adalah kadar yang tinggi , namun hanya 20% sahaja kawasan padi yang mempunyai kadara tanaman dua kali setahun.

3.3 PEMBANGUNAN TERHADAP MASYARAKAT ORANG ASLI.

Orang asli merupakan masyarakat yang terpinggir baik dari segi lokasi, sosial, psikologi mahupun ekonomi. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah komuniti ini telah menertai arus perdana masyarakat Malaysia. Masyarakat orang asli terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu Senoi, Melayu Asli dan Negrito.

 Sebagai contohnya pembangunan yang berlaku terhadap orang asli Terengganu antaranya adalah melibatkan peningkatan taraf sosioekonomi, mengintegrasikan mereka dengan masyarakat induk.
Antara pembangunan untuk mencapai matlamat dan objektif pembangunan terhadap orang asli adalah antaranya:
1)   Pembangunan tanah
Langkah yang diambil bagi melaksanak program ini adalah dengan memajukan tanah yang dikhaskan untuk penempatan(rizab) mereka dengan pelbagai projek-projek pertanian. Projek berkaitan yang meliputi:
a)      Projek Tanaman utama
Projek yang lebih tertumpu kepada dua tanaman utama iaitu  sawit dan getah iaituyang mempunyai nilai kormersial yang baik. Merujuk kepada matlamat perlaksanaannya iaitu agar boleh menampung keperluan. Tanaman getah iusahakn oleh RISDA, manakala getah oleh FECRA.
b)      Projek Dususn
Melalui projek JHEOA berhasrat untuk memastikan tanaman yang ditanam mempunyai nilai kormersial yang tinggi. Antaranya adalah durian , rambutan, cempedak, kelapa dan limau.
Projek ini dapat membantu orang asli dalam meningkatkan pendapatan. Selain  itu melalui projek ini beberapa bantuan diberikan seperti bantuan benih yang berkualiti, baja, racun serta peralatan.
c)      Projek tanaman jangka pendek
Projek ini jug adaah bertujuan meningkatkan taraf hidup penempatan serta mewujudkan masyarakat yang berdikari. Anatara jenis tanaman projek ini adalah pisang, jagung, sayur-sayuran, kacang panjang , sawi dan mentimun, pihak JHEOA turut menyediakan benih , racun =, baja dan yang berkaitan.

2)   Bantuan peralatan Pertanian
Sepertimana hasrat kerajaan dalam melahirkan masyarakat orang asli yang moden. Antara bantuan yang diterima oleh sebahagian pemduduk tempatan adalah mesen pembajak, parang, mesin tebang, dan pam racun.
3)   Ternakan dan Perikanan
Projek ini memerlukan bimbingan kepada orang asli. Sewajarnya pihak kerajaan membangunkan institusi orang asli, bahkan orang asli sendiri patut mempunyai sifat untuk keluar daripada kelompok masyarakat mereka bagi memajukan diri.
4) Projek bimbingan usahawan
Projek bimbingan melalui program keusahawana ini amat diperlukan oleh masyarakat orang asli, oleh kerana persekitaran mereka adalah merupakan sumber utama pertanian, seharusnya digunakan sebaiknya.


4.0 PERANAN PEMERINTAH , FUNGSI EKONOMI PEMERINTAH: PEMERINTAH DAN KEBAJIKAN
Pemerintah berperanan untuk membangunkan masyarakat khususnya dari segi ekonomi. Bertanggungjawab untuk memenuhi kesejahteraan rakyat dengan menggunakan kekayaan dan sumber negara demi kepentingan rakyat. 

Selain itu pemerintah juga berkewajipan untuk menjamin kebajikan rakyat. Perhatian dalam membangunkan ekonomi perlu diberi perhatian khusus dalam menyediakan pekerjaan kerana ianya merupakan sumber utama  pendapatan.

Antara langkah yang boleh dilakukan boleh pemerintah untuk bangunkan komuniti adalah dengan:
 Menyediakan tempat aduan pengangguran untuk mengetahui golongan yang memerlukan pekerjaan.
  1.        Menyediakan bidang pekerjaan yang sesuai untuk diceburi.
  2.        Memberikan kemudahan modal dan alat perusahan.
  3.        Memberikan latihan.
  4.        Menyediakan rangkaian perusahaan.
  5.        Memantau perkembangan buruh dan kemajuan sesuatu program.
  6.        Menentukan jumlah saranan hidup bagi pekerja untuk menampung keperluan.
  7.        Menghalang kegiatan meminta-minta(mengenmis).


Antara perkara yang perlu diutamakan adalah kebajikan pekerja secara umum antaranya adalah kadar gaji secara minimum , optimum dan maksimum. Islam menggariskan dasar kerjasama antara pekerja dan majikan supaya tidak ada dasar menzalimi dan tidak dizalimi. Penentuan gaji haruskah mengikut beberapa panduan yang islam gariskan:
  1.  Memelihara kebajikan kedua-dua belah pihak, iaitu pekerja dan majikan
  2.  Pekerja dianggap sebagai rakan kongsi sebagai untuk memajukan syarikat.
  3. Pekerja menganggap perusahaan sebagai miliknya kerana ia menjadi tempat sumber pendapatan.
  4. Gaji yang diberikan perlulah seimbang, tidak terlalu tinggi yang akan menyebabkan kerugian kepada syarikat.
 
Pembasmian kemiskinan
Matlamat pembasmian kemiskinan dalam kalanagn petani terangkum dalam matlamat keseluruhan untuk membasmi kemiskinan luar Bandar. Pelbagai langkah yang dilakukan pada peringkat mempergiat pengeluaran, memperbaiki infrastruktur pertanian, subsidi dan sokongan harga. Diantara langkah yang diambil untuk membasmi kemiskinan adalah :
·               Menambah keluasan tanah yang bolah ditanam dalam dua kali setahun dan meningkatkan kadar hasil.
  1.         Memperbaiki kemudaha perairan.
  2.           Memperluaskan penggunanan baka jenis baik dan input-input moden.
  3.           Menggalakkan tanaman berbilang iaitu dengan menambah peluang-peluang bagi meninggikan      pendapatan.
  4.           Menjamin harga melalui harga minimum terjamin.
  5.          Memberi subsidi seperti subsidi baja kimia, cukai air, biji benih, racun-racun serangga perosak.
  6.           Menekankan pendekatan bersepadu dalam pembangunan pertanian.
  7.        Pemulihan dan penyatuan tanah-tanah tidak ekonomi, memulihkan tanah -tanah terbiar melaui koperasi , estet-estet mini dan lading berkelompok.



RUJUKAN
Daud, M. Z. (2007). Orang Asli Negeri Terengganu Warisan dan Pembangunan. Kuala Terengganu: UDM.
Gill, S. S. (2008). Masyarakat dan Kepelbagaian Sosial di Malaysia. Serdang : UPM.
Hasan, S. K. (1993). Ekonomi Islam Dasar dan Amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ngah, I. (2009). Pembangunan Komuniti dan transformasi. Kuala Lumpur: UKM.
Rasul, M. S. (2010). Pembangunan Alat Ukur Tahap Kemahiran Kebolehan Kerja. Serdang: UPM.
Siddiqi, A. N. (1988). Perusahaan Ekonomi Dalam Islam. Kula Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Siwar, C. (1988). Isu-Isu Ekonomi . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.




No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca (^-^)

Ads Inside Post