Monday 27 October 2014

INTEGRITI DAN PROFESSIONAL DALAM PENGURUSAN


               TAKRIF PENGURUSAN   

Pengurusan ialah  merupakan suatu topik yang canggih yang boleh berubah mengikut situasi. (Mike Woodcock, 1993, hlm. 167) Ianya juga adalah  satu aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturanya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu. Selain itu, ada yang melihat pengurusan sebagai satu kemahiran peribadi dan pentadbiran yang agak kompleks dan sebagai teknik kepimpinan. (Ramli, 1985, hlm. 66-67)

           1.2      TAKRIF PENGURUSAN YANG PROFESSIONAL

Professional merupakan satu kemahiran asas atau pun juga menggunakan ilmu yang dicari. Seseorang yang professional akan melakukan kerja dengan bermatlamat dan berperancangan serta berperanan untuk mencapainya. Dengan erti kata lain, bekerja seperti sebahagian daripada dirinya hinggakan setiap tindakan yang dilakukan itu penuh dengan ketelitian agar mencapai matlamat yang professional. Seseorang pentadbir akan bertindak secara professional apabila melakukan sesuatu dengan kesedaran, tatatertib diri atau mengawal diri daripada segala tindak tanduk perlakuan. Ia tidak mencampurkan kehendak peribadi dalam kedudukan rasmi dan tinggi rasa sensitiviti terhadap orang lain. Jelaslah pentadbir seperti ini bertugas untuk kepentingan umum dan mahu berhidmat untuk kepentinagn manusia sejagat. Ringkasnya adalah integrity professionalnya itu berasaskan kepada memetingkan masyarakat daripada diri sendiri.

Seseorang pentadbir berkelakuan secara professional dalam pengurusan untuk mencari solusi terbaik atas nilai-nilai profession. Ia berusaha mewujudkan segala kepercayaan dan merupakan asas untuk membuat keputusan terutama yang melibatkan prinsip-prinsip. Ianya sangat sukar kerana kadang kala nilai professioanal bertentangan dengan nilai masyarakat dan kedudukan politik. Apabila situasi ini berlaku , apa yang dinilai ialah kematangan pentadbir dalam tindak –tanduk dan mencapai kata sepakad (Ramli, 1985, hlm. 193-194).

        

CIRI-CIRI PENGURUSAN PROFESSIONAL 

Menurut (Mike Woodcock, 1993: 5) pengurusan memerlukan kemampuan perlaksanaan yang efektif. Antaranya sesuatu pengurusan menuntut keterampilan dan kemampuan berikut:

-Kemampuan mengatur diri
-Nilai-nilai peribadi yang sihat
- Cita-cita peribadi yang jelas
-Mengusahakan pertumbuhan peribadi terus-menerus
-Keterampilan memecahkan persoalan
 - Kemampuan untuk menajdi kreatif dan inovatif
 -  Kemampuan tinggi untuk mempengaruhi orang lain
 - Pemahaman atas gaya pengurusan
 - Kemampuan menyelia
 - Kemampuan mendidik dan mengembangkan orang lain
 - Kemampuan membangun dan mengembangkan pasukan yang efektif

 Selain itu juga, antara nilai professional yang diutarakan oleh (Zaharah Hassan, 2009): 
   - Berilmu
   - Kreatif
   -  Inovatif
   - Integriti
   -  Neutraliti
   -  Kejujuran intelektual
   -  Berkecuali
    - Akauntabiiti



      PEGURUSAN BERINTEGRITI 

Pada tahun 2008, dalam perkhidmatan awam, Kerajaan telah melaksanakan Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia, khususnya melalui penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di semua kementeriaan, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Namun, belum ada satu mekanisme menyeluruh untuk melibatkan semua sektor lain seperti sektor swasta, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agama, media, wanita, belia dan pelajar dalam gerakan pemantapan integriti secara bersepadu. Dalam hubungan inilah Kerajaan telah menggubal dan melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang berperanan sebagai pelan induk bertujuan memberikan bimbingan kepada keseluruhan sektor tersebut.

Objektif umum PIN ialah memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu "membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur."
Bagi memastikan gerakan pemantapan integriti berjalan lancar dan mencapai matlamatnya, PIN menyusun keutamaan dan menetapkan sasarannya. Bagi tempoh lima tahun pertama (2004-2008), PIN menetapkan lima sasaran keutamaan yang hendak dicapai. Sasaran yang dikenali sebagai TEKAD 2008 ini ialah:

- Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan
-Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam  mengatasi birokrasi               
-Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;
-Memantapkan institusi keluarga
-Meningkatkan  kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Gerakan pemantapan integriti memberi tumpuan kepada peningkatan integriti daripada peringkat akar umbi hingga ke peringkat atas. Kesemua komponen dan sektor berikut dilibatkan, iaitu keluarga, komuniti, dan masyarakat sivil (yang di dalamnya terdapat pelbagai badan bukan kerajaan), membawa kepada sektor agama, sosiobudaya (pendidikan, kesihatan, sukan dan rekreasi, media massa, seni, sastera dan warisan), ekonomi, politik dan pentadbiran. Dengan demikian, gerakan ini benar­ benar bersifat menyeluruh dengan meliputi semua lapisan dan sektor negara dan masyarakat. 

Oleh sebab pendekatan ini melibatkan penjalinan kekuatan pelbagai 'institusi dari bawah' serta penggemblengan keseluruhannya dengan 'pihak atas' untuk tujuan meningkatkan integriti, maka ia mempunyai dinamisme dan keampuhannya yang tersendiri.

Serentak dengan pelancaran PIN, kerajaan juga menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM). Kerajaan yakin sebagai mekanisme pelaksana dan pengkoordinasi pelaksanaan PIN, Institut ini akan dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan. http://ulangkajiptk.blogspot.com/2010/03/pelan-integriti-nasional.html

           1.5       MENGAPA MEMERLUKAN PENGURUSAN PROFESSIOANAL DAN BERINTEGRITI?

Nilai penghayatan professional perlu bagi megelakkan berlakunya kes-kes seperti gejala rasuah. Pada tahun 2007 sebanyak 547 kes rasauha yang melibatkan 70 peratus daripada penjawat awam dan 30 peratus swasta. ( Berita harian, 30 Ogos 2007). Amalan rasuah merugikan pendapatan negara dan mencemarkan nama negara. Kepimpinan yang berintegriti dan professional dapat menentukan visi dan misi serta matlamat organisasi  dengan sempurna. Pemimpin yang berintegriti menganggap peluang untuk memimpin itu adaah salah satu amanah untuk menerajui organisasi tersebut dan mencapai taraf paing cemerlang ( Nik Mustafha Nik Hassan, 1998) 

Dasar etika dan kod tata kelakuan serta nilai-nilai merupakan elemen penting bagi pendidikan moral, etika dan integriti. Hal ini demikian kerana dokumen –dokumen berkenaan terkandung peraturan-peraturan yang ditegah dan melambangkan identiti professional pekerja (Rosnah, 2008)

 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengurusan yang berintegriti dan professional amatlah diperlukan bagi melahirkan keberkesanan dalam pengurusan. Pengurusan yang cemerlang amat penting bagi menghasilkan pengurusan yang terbaik. Dalam urusan pentadbiran mestilah ada kod dan etika serta peraturan yang perlu diikut bagi menghasilkan pekerja yang berintegriti dan professional.

Antara saranan yang perlu diperkukuhkan oleh pengurus-pengurus organisasi adalah dengan mengaplikasikan pelbagai strategi dan pendekatan yang bersesuaian bagi memepengaruhi minda , sikap dan tingkah laku organisasi. Selain itu juga, menetapkan matlamat yang kukuh bagi pendidikan etika, moral dan integriti kerana ketiadaan matlamat akan menyebabkan usaha kerarah organisasi berintegriti dan professional pudar.   

RUJUKAN

Nik Mustafha Nik Hassan. 1998.  Falsafah Pengurusan dan Pentadbiran dalam Islam. Dlm. Pengurusan dan Pentadbiran. Mencapai Kecemerlanagn melalui Penghayatan Nilai, sisunting oleh Syed Othman alhabsyi dan Hamizah Ibrahim. 126-139. Kuala Lumpur: IKIM.

Mike Woodcock, D. F. (1993). Pengurus Tanpa Hambatan Satu Panduan Praktis Bagi Kemajuan Diri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramli, W. A. (1985). Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publicationm& Distributors Sdn. Bhd .

Rosnah, R. d. (2008). Pengurusan Etika. Jurnal Pengurusan Awam , 128.

Zaharah Hassan, A. d. (2009). Kepimpinan Beretika dan Kecemerlenagn Organisasi dalam Perkhidmatan Awam. Niali dan Etika dalam Perkhidmatan Awam , 47.

 http://ulangkajiptk.blogspot.com/2010/03/pelan-integriti-nasional.html
Pelan Integriti Nasional



No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca (^-^)

Ads Inside Post