Amalan
salam dalam kehidupun seharian amatlah rendah diamalkan oleh orang Islam di seluruh dunia, khususnya
negara kita sendiri, iaitu Malaysia. Sebenarnya jika kita telusuri bermula dari
amalan ataupun sunnah Rasullullah yang kecil inilah mampu membentuk satu ummah
yang kuat dari segi mental dan fizikal. Kebanyakan orang Islam sekarang banyak
menggunakan istilah-istilah lain bagi menggantikan kalimat salam yang
dianjurkan oleh Islam, sebagai contoh yang popular digunakan ialah perkataan hello,
hi. Dan keadaan bertambah malang apabila segelintir anak remaja masa kini
tidak lagi menggunakkan istilah-istilah yang baik apabila bertemu dengan rakan-rakan
mereka, seperti perkataan yang kurang sopan ataupun memanggil dengan gelaran yang
buruk.
Amalan
salam sebenarnya mempunyai keajaiban dan keunikan yang tersendiri. Ia
mampu mewujudkan perasaan kasih dan sayang dalam sesuatu hubungan. Sayang
merupakan tiang utama dalam pembentukan sesuatu hubungan yang baik antara
manusia. Salam dalam Islam bukan sahaja diukur dari luaran tetapi ia
merupakan ketulusan yang lahir dari rasa cinta, sayang, doa, harapan, sukacita,
motivasi, penghargaan, penghormatan dan merupakan simbol kepada ikatan hati
yang suci.
Penulis
merasakan amalan salam begitu penting adalah kerana salam
merupakan salah satu dari bentuk pemberian motivasi yang sangat bermakna dalam
hubungan kekeluargaan, persahabatan dan sebagainya.
Penulis
yakin dengan tersebar luasnya sunnah nabi Muhammad s.a.w. iaitu salam, maka akan terbinanya
masyarakat muslim yang saling mencintai kerana agama, dan seterusnya mewujudkan
negara Islam .
_________________________________________________________________________________
BERMINAT MENERUSKAN PEMBACAAN , BOLEH BUKA LINK DIBAWAH. :)
https://www.dropbox.com/s/v71uridlo8kl62i/TESIS%20AMALAN%20SALAM%20%28SAR%29.pdf?dl=0
ok. DONE! >..<
No comments:
Post a Comment
terima kasih sudi baca (^-^)