Thursday 17 May 2012

Ukhuwah semanis KEK


Alhamdulillah, dapat menikmati nikmat dunia..hehe..kenapalah banyak pos pasal makanan ni...tak tahulah kenapa??

...Salah satu hikmahnya makanan ini...
* Rapatkan ukhuwah 

عن عبد الله بن عمرو رضى الله عنهما أن رجلا سأل النبى صلى الله عليه وسلم، أى الإسلام خير؟ قال : تطعم الطعام ، وتقرأ السلام 
على من عرفت ومن لم تعرف 
Maksudnya :“Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w . “Apakah amalan Islam yang lebih baik”? Baginda menjawab: “Kamu memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan kepada yang tidak engkau kenal.”

(Muhammad Ismail bin Ibrahim bin Mughirah al -Bukhari (2004), Ringkasan Sahih al-Bukhari, cet.1, Selangor: Percetakan Zafar, Kitab Tentang Permohonan Izin , Bab Mengucapkan Salam Kepada Orang Yang Kita Kenal Mahupun yang Tidak Kenal, no hadith 2059.)


Ingin saya datangkan satu kisah benar, seorang kawan saya  jumpa dan mengadu masalah dia kepada saya, masalahnya bergaduh dengan kawan dia, bukan bergaduh sampai tarik- tarik rambut, tapi mungkin hati rasa macam tidak senang dekat kawan dia. (alangkah lidah pun tergigit).. saya pesan dekat dia,
" makan sedulang dengan dia". Alhamdulillah, selepas itu semuanya ok. Perkara sebegini pernah juga berlaku pada diri saya sendiri, kalau merajuk dengan kawan ,belanja makan mesti senyum semula.hehe.


Begitu juga dengan amalan salam, sebarkan salam, insya allah.  Belajarlah untuk menyebarkan salam walau dalam apa bentuk sekalipun, ianya mampu memberikan satu aura yang amat positif pada diri seseorang dan juga sekeliling. Teringat saya akan perkongsian seorang rakan yang memang istiqomah dengan menyebarkan salam ketika bertemu dengan semua pelajar kolej. Pada mulanya memang rasa macam berat, lama-lama jadi ringan dan senang sahaja keluar dari mulut. Mula-mulanya dia rasa macam dia seorang sahaja yang memberi salam kepada rakan-rakan kuliah lain, tapi lama-lama pelajar- pelajar kuliah lain yang terlebih dahulu memberikan salam kepadanya. Daripada seorang yang memberi salam , maka akan tersebar keseluruhannya. Bermula dari salam, ukhuwah terjalin, segala gerak kerja jadi mudah, dakwah mudah tersebar. Insya allah.




hari lahir  ke 21

* moga jadi anak solehah. Taat perintah Allah , Rasul dan kedua ibu bapa.

kek hari guru untuk pensyarah tahfiz marsah

* selamat hari guru =) 
* segunung doa agar guru terus dapat menabur bakti dan beroleh berkat dunia dan akhirat.

kek untuk mak dan selaku guru =)

* kami sayang mak!!!

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca (^-^)

Ads Inside Post