Wednesday, 1 February 2012

Uniknya hati manusia


Alhamdulillah , sedikit perkongsian bersama, saya tertarik ingin berkongsi rasa hati...hehe.

X, maksud saya bukan nak bercerita mengenai persoalan hati saya. 
Unik tak, Allah ciptakan hati dan wujudkan perasaan, sedangkan hati merupakan satu organ dalam tubuh badan manusia.

Maklumat yang kita dapat akan di hantar ke otak , kemudian diberi arahan kepada anggota untuk menggerakannya. Bagaimana pula dengan hati ???


situasi  : hati aku kata ...
           aku rasa kan....
           hati aku kuat mengatakan....

kita tidak mengakui ianya datang dari otak ,iaitu apa yang kita pikirkan, sedangkan otaklah tempat proses data.

sekadar perkongsian bersama, apa yang tercetus , seandainya perkara ini salah , bukan fakta yang salah, ini adalah sekadar apa saya yang nukilkan...=)

sabda nabi s.a.w yang bermaksud:Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baik lah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah HATI.”(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)






Jagalah hati. Ramai orang yang kita perlu jaga hati- hati mereka , yang penting jaga hati sendiri . Maksudnya disini jaga hati sendiri , bukannya pentingkan diri, tapi sentiasa menyedari akan hidup bertuhan. Patuhi arahan  dan hindari larangan. Hati manusia perlu jaga juga ,paling susah nak jaga kerana siapa tahu apa yang orang lain rasa. <3


Amalan Salam adalah Sunnah



Alhamdulillah..

Pada entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai amalan sunnah nabi dan fokus saya kali ini adalah salam . Ianya merupakan salah satu daripada sunnah nabi s.a.w. 



Diriwayatkan di dalam Kitab Sahih Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa:

وخيرهما الذى يبدأ بالسلام

Maksudnya : “Sesungguhnya manusia paling utama menurut Allah ialah orang yang memulai bersalam antara mereka.”[1]

Dengan menyebarkan amalan ini sebenarnya dapat merapatkan hubungan sesama manusia, dapat melahirkan perasaan kasih dan sayang serta merupakan salah satu pemberian berbentuk motivasi. Saya yakin dengan bermulanya amalan salam yang sekecil-kecil ini, mampu untuk membentuk biah yang baik dan terbinanya masyarakat muslim yang saling mencintai agama kerana Allah. 

HUKUM MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM
Memberi salam adalah fardu kifayah.
Menjawab salam adalah fardu ain.

LAUKANA BAINANA YA HABIB
Sekiranya kau , ya Rasulullah berada dalam kalangan kami.....




Apakah kita menunggu sekiranya Rasulullah berada dalam kalangan kita, baru kita akan mengamalkan sunnah baginda s.a.w. ?
Apakah kita menunggu sekiranya Rasulullah berada dalam kalangan kita, baru kita akan mengamalkan suruhan dan meninggalkan larangan Allah. ?

__________________________________________________________________________________
Marilah kita sama-sama   bermuhasabah diri, koreksi diri sementera ada masa berbaki umur yang Allah pimjamkan di dunia ini. Masanya amat pantas berlalu, jangan disebabkan kesenangan yang sementara melupai nikmat yang kekal. Gunakanlah nikmat akal yang Allah berikan sebagai panduan. Salam muhasabah. 



[1] Sahih  Bukhari 8 , 23 dan Sahih Muslim fi bar wa silah







Wednesday, 11 January 2012

Tips sebelum makan makanan







bila kita makan..(2 situasi )

1)kita rasa keyang dan rasa cukup je atau
 rasa  keyang tapi rasa tidak cukup, macam nak makan je lagi =)

2)kita rasa lapar dan rasa nak makan dan terus makan atau
 lapar tapi rasa tidak perlu untuk makan.

hakikatnya baru saya sedar , selepas beberapa hari ini teringin sangat nak makan macam-macam makanan dan nak makan banyak.=)
Ini memang luar biasa bagi saya sepanjang berada di Marsah.

 Alhamdulillah,Teringat saya akan tip ketika makan yang saya pernah baca dalam satu artikel, iaitu sebelum makan tentunya baca doa.K, insya allah memang amalan. Dan tip yang kedua adalah , ketika makan niatkan untuk keyang , dan yang paling penting adalah ingin mendapatkan keberkatan dalam makanan yang kita makan.

Seharusnya pemilihan makanan mestilah halal lagi suci.Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 168

ﯧ  ﯨ  ﯩ   ﯪ  ﯫ  ﯬ  ﯭ  ﯮ  ﯯ  ﯰ   ﯱ  ﯲﯳ  ﯴ      ﯵ  ﯶ   ﯷ  ﯸ 



168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.



Pentingnya disini kita sebagai ummat Islam memilih makanan yang halal adalah ,melalui makananlah akan menghasilkan darah-darah , membentuk daging-daging seterusnya akan menjadi sebagian dari kita. Apa yang kita makan boleh mencorakkan peribadi kita.

Amatlah penting pemilihan makanan yang halal oleh ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak-anak mereka. Mungkin dari segi logik secara lahiriahnya tidak nampak kesan-kesannya, tetapi kesan jangka panjang yang bakal dilalui oleh anak yang membesar dengan rezeki yang syubhah atau mungkin haram perlulah dititik beratkan .

 Apa yang paling berkesan pada saya sendiri dan ingin saya kongsikan bersama adalah , apabila kita telah termakan , makanan yang tidak sepatutnya, erm maksud saya dekat sini , kadang-kadang  susah nak elakkan dari menolak untuk makan makanan yang tidak biasa dimakan ( tidak pasti). Atau bila ada orang belanja makan bersama atau mungkin bila dalam keadaan terpakasa nak makan (lapar sangat) , susah sikit lah . Antara kesan yang akan saya kebiasaannya akan dapat, badan saya akan terasa lemah dan lesu , susah nak fokus.

So, pikir-pikirkanlah bersama  , kita yang mampu memilih untuk diri kita.Nampak remeh tapi berat sebenarnya.

Monday, 2 January 2012

Konvokesyen Senior Marsah



semoga terus bersemangat !!!!

Alhamdulillah, entri kali ini saya dedikasikan kepada kakak tersayang Masturah Hassan. Semoga terus mengejar cita-cita di bumi Jordan. Semoga terus melangkah dengan semangat serta dapat buat yang terbaik. Setiap tempat pasti ada cabaran yang tersendiri, harap dikau tabah menghadapinya. 

Kakakku, jadilah seperti ikan dilaut ,walau dicampak dimana-mana, rasanya tetap sama .Dan jadilah seperti buah kelapa ,walau dicampak dimana-mana tempat ,tetap akan cambah/memberikan hasil .




Terima kasih atas segala nasihat dan kata-kata semangat yang kau berikan. 
Akhir kata, semoga berjaya mengharungi peperiksaan akhir daurah bahasa arab. Semoga Allah memberkati dan merahmatimu. Salam imtihan .=)


Saturday, 31 December 2011

Kem Bina Insan Cemerlang MARSAH

alhamdulillah ..


Bertempat di Teluk Gorek ,Mersing Johor.








Selesai sudah kem bina insan cemerlang (bic),terima kasih kepada pihak MARSAH kerana memberi kami peluang untuk menyertai kem tersebut . Walaupun penat ,tapi serba sedikit memberi kami satu pengalaman dan peluang yang tidak dapat dilupakan , insya allah (^-^)

Kepada sahabat-sahabat Tahfiz sekalian , memori itu insya allah akan diingat selamanya.
Aktiviti yang penuh sepanjang hari tidak memutuskan semangat kami untuk meneruskan aktiviti ,malah makin bersemangat. Kami terpaksa memasak sendiri , walaupun penat tapi tetap meneruskan usaha memasak,mengemas. Alhamdulillah berkat kerjasama antara banin dan banat,akhirnya berjalan dengan lancar.

Bilangan peserta bic yang hanya tidak mencecah 60 orang itu mampu memecahkan kesunyian malam dan bunyi ombak .Kekecohan suasana yang berlaku amatlah dirindui.Namun dalam kegembiraan tetap terselit kesidiahan sebagai tanda Allah ingin menguji hati hambaNya.Ya Allah tabahkanlah hati hambaMu ini.Amien.

Banyak aktiviti -aktiviti yang menarik ,antaranya abseling,berkayak dekat tengah-tengah laut,jungle trekking.Alhamdulillah ,dalam banyak -banyak kem ,inilah kem yang saya rasakan paling best. Alhamdulillah semua aktiviti ,saya dapat sertai dengan baik.

Antara perkara yang saya rasakan amat terkesan dekat hati,cuba bayangkan macam manalah seorang isteri yang berkerjaya nak menguruskan rumah ,dalam masa yang sama nak memasak dan uruskan anak-anak. Balik kerja dah kena siapkan makanan, penat yang dirasakan tolak tepi je, dah tak pikir pon pasal penat , tetapi yang penting tanggungjawab yang digalas. Dalam kem berkenaan kami seolah-olah dilatih macam mana nak menguruskan diri seperti kehidupan orang yang sudah berkeluarga.Terima kasih kepada ahli kumpulan yang ,menjayakan dengan baik segala aktiviti yang ditugaskan. Kenangan dengan kawan -kawan sekalian tidak akan dapat dilupakan. Terima kasih juga kepada ahli kumpulan banin yang amat memahami kami, dan memang rajin membantu banat.

Selain itu juga ,kem ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar tahfiz dan hubungan dengan
pensyarah dan staf-staf marsah.Terima kasih tidak terhingga kepada ustaz Rosli bin Bahari,ustaz Syafie,Ustazah Intan ,Cik Fazliy ,Cik Ahmad dan Kak Fiza yang banyak membantu kumpulan saya "DIN".

Simbolik daripada nama ini adalah berasal dari perkataan Thailand yang bermaksud Tanah. Nama yang dipilih secara spontan ,kebetulan dalam kumpulan ada seorang ahli kumpulan yang berasal dari Thailand.So,terus je ambil nama berkenaan ,sebab yang utama nama kumpulan mestilah bermula dari abjad D.Satu lagi yang menarik kat kumpulan saya ni,trade mark ..hehe kuat ,semangat  dan mampu menggerunkan kumpulan lain, dan yang paling penting senua orang terkejut dan nak dengar lagi. " DIN , what is your profesion??? hu,hu,hu"
Pada mulanya segan nak buat ,tapi bila tengok muke ustaz Rosli selaku fasilitator senyum ,terus bersemangat nak buat.Simple, tapi menarik.=)

Saya pasti akan merindui rakan seperjuangan tahfiz ,doakan agar hari-hati kita bertaut dengan al-Quran.Amin.Insya Allah bagi rakan sem 6 Tahfiz ,kita akan bertemu lagi di Program Bakti Siswa yang bertempat di Kota Tinggi pada 9-16/4 2012 . Tinggal lagi dua bulan untuk meneruskan perjuangan di MARSAH.Boleh tak,tak nak keluar dari MARSAH lagi. hehe. Rasa sayang sangat nak menginggalkan MARSAH,kenangan bersama kawan-kawan dan ustaz , ustazah memang tidak boleh dilupakan. Terima kasih semua. =)

.....................................................................Alhamdulillah.........................................................................


Monday, 26 December 2011

Makanan Pahang di Johor





Alhamdulillah 
Rupanya best jugak jadi orang yang terasing kat MARSAH ni,maklumlah datang dari jauh ,Pahang..
yang paling best kat asrama adalah makan...makan2..

kawan -kawan yang datangnya semua dari Johor..
setiap kali pulang ke Pahang mesti kene order punyer..
tapi tak pe sebab keretapi yang bawa,x berat pon ...hehe


salak sekilo!!!!




tempoyak!!!
kegemaran ustazah yang disayangi ,ustazah Intan Dahlia 





gulai ikan patin masak tempoyak..
semua orang suke =)




sambal hitam...kegemaran ghah




lesung batu...tambahan jer sebab nak buat sambal belacan..huhu
tapi bnyak kegunaannya..jauh datang dari pahang,..
kalau nak bawa ,bawa jugak walaupun kat Johor kan boleh cari..





Alhamdulillah...semuanya rezeki dari Allah..
Kawan-kawan,semoga bila teringat makanan dari Pahang, ingat SAR...hehe
 dan semoga ukhuwah kita kekal selamanya..


Saturday, 24 December 2011

Majlis akad nikah ustazah ain


alhamdulillah , ustazah kesayangan telah selamat di ijab kabul bersama pasangan.Mabruk !!


ustazah Nurul Ain binti Mat Ros dan Ustaz Khalid Osama Al-Sudani


Ustazah Ain merupakan ustazah tasmik saya yang pertama, malangnya saya hanya sempat bersama dengan ustazah hanya satu sem setengah sahaja.Ustazah meneruskan langkahnya dengan menyambung pengajian di UIA. Setiap kata-kata beliau menjadi pendorong yang besar bagi kami semua.Sayang ustazah !!

Semoga ustazah kekal bahagia hingga ke anak cucu bersama pasangan. Melahirkan para mujahid- mujahidah sehabatmu ustazah. 

Teringat kata-kata doktor kesayangan ustazah Ain selepas majlis akad nikah ....orang yang bernikah akan  dapat merasai perasaan  mawadddah dan rahmah. Apa yang dimaksudkan dengan mawaddah adalah bukannya hanya cinta sahaja.Sebenarnya yang dimaksudkan itu adalah cinta yang disertai ,ditonjolkan melalui perbuatan.Manakala rahmah iaitu , tidak berkira dalam segala aspek, menerima segala  kelebihan dan kekurangan, saling memaafkan antara satu sama lain.

..................................................................................................................................................................

Alhamdulillah ,Allah mudahkan perjalanan kami untuk sampai ke UIA . Perjalanan yang penuh sesak ,serta disertai dengan hujan yang berterusan bukan penghalang semangat nak jumpa ustazah yang tersayang. 
Setibanya di stesen lrt Gombak , dek kerana ustazah kurang sihat ,maka kami terpaksa naik bas UIA. Sebenarnya agak ketat untuk masuk ke dalam kawasan UIA ,Allah mudahkan apabila bas memasuki pintu gerbang , tiada sebarang pemeriksaan dilakukan. Maka akhirnya , saat yang dinanti untuk berjumpa dengan ustazah terlaksa juga.

Insya allah ustazah , kami akan turut meriahklan majlis yang akan berlangsung di Simpang Renggam pada bulan Enam tahun 2012. 

Ads Inside Post